suria

‘Namo’ taruhan pertama Sweet Qismina, harap peminat beri peluang buktikan diri sebagai penyanyi

Sweet kini menceburi bidang nyanyian selepas muncul dengan single pertama bertajuk Namo.

PELAKON Sweet Qismina meluaskan cabang kerjaya dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single sulung bertajuk Namo pada Sabtu lalu.

Sweet Qismina atau Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata, dia mengharapkan peminat akan memberi sokongan terhadap taruhan baharunya itu memandangkan masih baharu dalam bidang nyanyian.

“Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif dari peminat kerana saya sendiri masih lagi merangkak dalam bidang nyanyian.

sweet1

Penampilan berbeza Sweet dalam muzik video lagu baharunya, Namo.

"Tetapi saya sangat teruja dan gembira untuk menerokai ruangan ini dan semoga peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat berlakon bukan alasan Sweet Qismina puasa separuh hari... Curi-curi tidur kalau terlalu letih

ARTIKEL BERKAITAN: “Happy birthday cik tunang” - Adam Lee dan Sweet Qismina bertunang, ramai terkejut tiba-tiba upload gambar atas pelamin

Mula menceburi lakonan sejak berumur sembilan tahun, Sweet menjadikan nyanyian sebagai pengalaman baharu terutama apabila mendapat peluang daripada Warner Music.

Untitled design (29)

Sweet turut mempamerkan kemahiran menari dalam muzik video lagu baharunya.

“Seakan mimpi dan tidak dijangka, namun saya anggap ini sebagai fasa baru dan tidak sabar untuk memulakan karier sebagai penyanyi.

“Saya bermula dari kecil sehingga sekarang dengan mencuba pelbagai cabang seni seperti sebuah pengembaraan menyeronokkan," ujarnya.

Lagu hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King berentak muzik K-pop boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain