suria

Penat berlakon bukan alasan Sweet Qismina puasa separuh hari… Curi-curi tidur kalau terlalu letih

Sweet tetap akan berpuasa biarpun letih bekerja dari pagi sampai tengah malam.

SEHARIAN bekerja dan penat menjalani penggambaran bukanlah alasan untuk pelakon Sweet Qismina berpuasa separuh hari.

Bagi memastikan dirinya kekal bertenaga, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi memberitahu dia mengambil pemakanan yang betul pada waktu sahur dan ketika berbuka puasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Happy birthday cik tunang” - Adam Lee dan Sweet Qismina bertunang, ramai terkejut tiba-tiba upload gambar atas pelamin

Kata Sweet, 24, pemakanan sihat penting bagi memastikan dirinya kekal aktif meskipun jadual padat dengan aktiviti seni.

Apa yang saya lakukan adalah tidur sekejap bila terlalu penat.

SWEET QISMINA

PELAKON

"Jika tidak mengambil cara pemakanan yang betul untuk berbuka dan sahur, mungkin ia menjadi sukar dan penat sebab kerja kami yang agak sibuk.

"Walaupun berpuasa, kebanyakkan masa kerja kami dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam. Mama saya ajar saya dari kecil untuk tidak berbuka walaupun penat berlakon.

"Sebab dia kata itu semua alasan dan lama-lama nanti akan terbiasa berbuka sebab penat dan saya setuju dengannya," katanya menerusi Instastory.

Sweet menjawab pertanyaan seorang pengikut yang ingin mengetahui situasinya menjalani penggambaran ketika bulan Ramadan.

Sweet 1

Sweet menjawab pertanyaan netizen.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini memberitahu dia mengambil masa dengan tidur sebentar jika terlalu penat bagi mengembalikan semula tenaga.

"Takut habit itu bawa ke besar. (Nota untuk anak-anak saya di masa kelak). Apa yang saya lakukan adalah tidur sekejap bila terlalu penat.

"Alhamdulillah, ia seperti orang lain, tenang dan tak rasa penat sampai tahap nak berbuka," ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain