suria

Yassin Senario terkena tempias gara-gara kes Yasin Sulaiman... Syukur nama naik semula, jadi sebutan netizen

Yassin memahami situasi yang menimpa Yasin.

GARA-GARA memiliki nama sama, ahli kumpulan Senario iaitu Yassin berkata dia turut terkena tempias kes melibatkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu.

Ketika kes itu menjadi perbualan hangat netizen, Yassin atau nama sebenar Yassin Yahya, 43, mendedahkan dia turut menerima kecaman di media sosial kerana ada yang menyangka dirinya adalah individu yang ditahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Senario cerita punca dicekup polis, terpaksa tidur lokap sebab tolong orang

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tunggu Yasin balik, tahu apa yang terjadi... Peguam minta elak komen tak wajar

Dia bagaimanapun tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana nama kembali menjadi sebutan ramai.

Yassin 2

Yassin tak melatah dengan kecaman netizen.

"Saya rasa bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yasin dah betul tapi itu bukan saya... saya 'brader Yasin', sana 'Yasin Brothers'.

"Nama saya baru sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi... saya rasa bersyukur! Mula-mula ada orang kecam sebab mereka ingat itu saya.

"Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Lagipun benda ini saya dah pernah lalui. Saya ambil dari sudut positif. Saya bersyukur Allah bagi nama saya disebut-sebut," katanya kepada mStar.

Saya ambil perkara positif apa yang Allah nak berikan.

YASSIN YAHYA

PELAWAK

Yasin ditemui ketika majlis pelancaran video muzik (MV) Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Untuk rekod, Yassin pernah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan dia juga disahkan positif ganja ketika itu.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Sa.Ya ini menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada Yasin yang juga merupakan rakan sepejuangannya.

Yassin 1

Kumpulan Sa.Ya. yang dianggotai oleh Yassin dan Saiful Apek.

"Bagi saya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah nak jentik hati dia supaya bertenang dan berehat sebab kuat bekerja. Macam saya dulu pernah rasai benda yang sama, jadi saya tahu la.

"Orang nampak macam musibah... tapi bagi saya sendiri, saya mencari hikmah disebalik musibah itu. Saya ambil perkara positif apa yang Allah nak berikan.

"Saya dah lalui, dahulu saya mengharapkan kepada makhluk, siapa nak tolong saya tapi sampai satu tahap, tak boleh berharap kepada makhluk, saya berharap kepada yang di atas (Allah)," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain