suria

“Siapa yang buat undang-undang?” - Syamsul Yusof langgar ‘peraturan’, percaya kata hati bukan buku 

Syamsul Yusof 'langgar' peraturan demi menghasilkan sebuah filem yang baik.

PENGARAH tersohor Syamsul Yusof boleh mendabik dada apabila filem terbaharu arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan memecah rekod sebagai naskhah tempatan paling laris sepanjang zaman apabila ia mendapat kutipan box-office RM90 juta dalam masa 33 hari tayangan.

Syamsul, 38, sebaliknya secara merendah diri mengakui naskhah arahannya itu bukanlah sempurna sekiranya ia dikira mengikut undang-undang dan peraturan pembikinan filem yang formal.

Namun katanya, dia berani melanggar semua peraturan yang ada demi menghasilkan sebuah filem yang dapat menggembirakan penonton di Malaysia.

"Filem abang tak sempurna kalau ikut 'laws and rules of film making', tetapi saya langgar semua peraturan itu demi menggembirakan penonton.

Syamsul 2

Filem Mat Kilau masih mendahului carta lima minggu berturut-turut.

"Sebenarnya siapa yang buat undang-undang dalam pembikinan filem? Maaf bertanya, siapa ya?," katanya menerusi Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Luar biasa! ‘Mat Kilau’ cecah kutipan RM80 juta, Syamsul Yusof seru semua pihak lestarikan karya anak tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka penerbit ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ bukan orang filem, 30 tahun tak jejak panggung wayang

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia tidak bersetuju dengan 'undang-undang' dan 'peraturan' tersebut kerana percaya seni itu indah dan subjektif pada semua.

Sebaliknya kata Syamsul, pembikin filem sepatutnya mengikut hati dan bukannya buku dalam menghasilkan sebuah karya yang baik.

"Abang tak pandai tetapi pembikin filem patut ikut hati mereka bukannya buku.

"Abang percaya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga begitu, di mana beliau berkarya mengikut hati seninya. Jadi, kita belajar apa yang mampu daripada beliau," katanya.

Sementara itu, Syamsul turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih apabila Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kekal berada di kedudukan pertama carta Top 10 filem selama lima minggu berturut-turut sejak ditayangkan pada 26 Jun lalu.

"Sejarah, rekod tercipta lagi. Filem nombor satu dalam carta box-office untuk lima minggu berturut-turut. Ini tidak pernah berlaku," tulisnya.

Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As'ari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain