suria

Kehilangan jadi tanda tanya, Iqbal janji ‘comeback’ tak lama lagi… Diam sekejap bagi orang lain viral dulu

Iqbal kini sibuk dengan urusan pindah rumah, perniagaan dan menjaga anak.

SEJAK kebelakangan ini nama usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli dilihat agak sepi daripada sebarang kisah kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

'Kehilangannya' itu turut dirasai oleh pengikutnya sehinggakan ada yang bertanya mengapa Iqbal mendiamkan diri daripada media sosial selain berasa bosan tanpa cerita sensasi mengenainya dalam media.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Iqbal berkata, ketika ini dia memang jarang aktif di media sosial kerana menguruskan hal berkaitan perpindahan ke kediaman baharu selain sibuk di pejabat dan menjaga anak angkatnya.

Iqbal Rumah

Iqbal baharu sahaja membeli sebuah rumah mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Iqbal berkata, ketiadaannya itu juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk tular dan tidak hanya kisah dirinya menjadi perhatian.

"Selepas ini saya akan aktif semula... Sementara itu, saya beri ruang kepada orang lain pula viral.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih rumah di kawasan elit, Iqbal Zulkefli beli banglo RM5 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal akhirnya menyesal, mengaku cipta kontroversi demi nama... Campak duit jadi kesilapan paling besar

"Kasihan media asyik tulis cerita saya sahaja. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan mereka mahu hadap muka saya sahaja setiap masa," katanya di Instagram Story.

Sebelum ini, Iqbal menjadi perhatian selepas mendedahkan membeli sebuah banglo mewah berharga RM5 juta yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Iqbal

Iqbal akan buat kemunculan semula.

Usahawan itu memberitahu memilih lokasi itu kerana ia berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur yang memudahkan urusan hariannya.

Dalam pada itu, Iqbal mengakui berasa tidak selesa apabila ada permintaan daripada pengikutnya yang mahu melihat rumah mewah itu dan hiasan dalamannya.

Kata Iqbal, dia tidak gemar berkongsi tentang rumah atau kereta di media sosial kerana merasakan ada sesetengah benda itu perlukan privasi.

"Jika aksesori tak kisah. Insya-Allah, jika ramai mahu tengok, saya tunjukkan juga nanti.

"Dah siap rumah ini, saya pun ingat nak buat makan-makan santai sedikit," katanya yang memberitahu sudah menghabiskan RM200,000 untuk kerja-kerja ubah suai kediaman berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain