suria

Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

Michelle mencipta sejarah tersendiri dan negara.

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta satu lagi sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles.

Kemenangan itu menjadikan Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 60, aktres pertama dari Asia memenangi kategori berkenaan selain rakyat Malaysia sulung yang menerima pencalonan dan memenangi anugerah Oscar.

Pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu memenangi trofi tersebut hasil lakonan mantapnya dalam filem berjudul Everything All At Once yang sekali gus menewaskan calon lain termasuk Cate Blanchett (Tar), Ana De Aemas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Selain kategori Pelakon Wanita Terbaik, filem lakonan primadona ini turut merangkol kemenangan bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang dipegang oleh Jamie Lee Curtis dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh Ke Huy Quan.

file7pb5l82vdq01by1zxj50

Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh teruja apabila anaknya diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Kategori lain yang turut dimenangi filem Everything Everywhere All at Once ialah Lakon Layar Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Michelle turut mencatat sejarah apabila menjadi wanita bukan berkulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang dua dekad sejak pelakon Halle Berry memenanginya pada 2002.

Michelle hadir ke acara berprestij itu ditemani tunangnya, Jean Todt.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Michelle Yeoh wanita Asia pertama menang pelakon terbaik di ‘Anugerah Screen Actors Guild’

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaik! Michelle Yeoh pelakon Malaysia pertama menang di Anugerah Golden Globe

Sebelum ini, Michelle turut meraih trofi sama dalam beberapa acara anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).

Untuk rekod, nama Michelle mula melonjak naik apabila aktres itu berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem Tomorrow Never Dies pada 1997.

Antara filem Hollywood yang pernah dibintanginya termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings dan Memoirs Of A Geisha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain