suria

Pernah tempah 40 pasang sut demi watak dalam drama, Nazim Othman tak kedekut keluar bajet sendiri

Nazim tak lokek membeli pakaian sendiri untuk drama lakonannya.

KEBIASAANNYA pihak produksi akan menyediakan pakaian bersesuaian dalam sesebuah drama atau filem mengikut kesesuaian watak diberikan kepada seseorang pelakon namun lain halnya buat aktor Nazim Othman.

Nazim atau Nushul Alif Othman, 39, berkata, dia tidak kisah mengeluarkan bajet sendiri untuk menyediakan pakaian terbaik mengikut watak diberikan kepadanya.

Kata Nazim, dia bukan tidak mahu memakai pakaian disediakan produksi tetapi apabila menyentuh tentang kualiti kerja, dia memang tidak lokek berbelanja bagi memastikan watak diberikan dizahirkan dengan baik.

"Penerbit yang tawarkan saya bekerja memang tahu sikap dan effort saya macam mana. Apabila cakap fasal usaha, saya memang tak kedekut.

nazim1 - 1

Nazim hanya mahu yang terbaik untuk watak lakonannya.

"Saya tak kedekut dari segi emosi, masa malah tidak berkira untuk melabur bagi membeli pakaian sendiri bagi sesuatu watak.

"Misalnya, kalau saya dapat watak sebagai anak orang kaya, saya kena beli pakaian yang nampak mahal atau pun menggayakannya seiring dengan watak agar penonton percaya dengan peranan saya bawa," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nazim Othman anggap Janna Nick sebagai sahabat, harap keajaiban bertemu jodoh lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kemurungan meningkat, Nazim Othman nasihat jangan pendam perasaan - "Berhenti jadi judgemental, kita tak tahu apa yang mereka lalui"

Ditanya bajet paling besar pernah dilaburkan untuk pelaburan membeli pakaian bagi tujuan penggambaran, pelakon drama Isteri Halal itu enggan berkongsi kerana bimbang disalah tafsir.

Kata Nazim, masyarakat sebenarnya tidak tahu bahawa artis Malaysia sebenarnya mengeluarkan bajet sendiri untuk setiap pakaian digayakan menerusi drama lakonan mereka.

"Bergantung kepada projek. Saya pernah beritahu dulu tapi saya kena kecam sebab orang tak faham. Orang tak tahu pelakon Malaysia ni kita bawa baju sendiri datang ke lokasi.

Saya tak kedekut dari segi emosi, masa malah tidak berkira untuk melabur bagi membeli pakaian sendiri bagi sesuatu watak.

NAZIM OTHMAN

PELAKON

"Terpulanglah ada pelakon dia tak mahu melabur lebih untuk pakaian dan mereka belilah baju yang mana mereka boleh kurangkan perbelanjaan.

"Tapi kalau macam saya, saya memang all out asalkan saya puas hati," ujarnya.

Sementara itu, Nazim berkongsi dia pernah menyediakan 40 pasang sut untuk digunakan dalam drama Monalisa yang dibintanginya pada 2018.

nazim2 - 1

Nazim sentiasa all out untuk menjayakan watak.

Bagi aktor itu, pelakon lelaki mempunyai kesukaran mewarnai gaya dalam sesuatu watak, disebabkan itu dia tidak kisah sekiranya perlu berhabis untuk kepuasan diri sendiri.

"Macam saya berlakon dalam drama Monalisa pada 2018, saya tempah 40 sut sendiri. Sebanyak mana saya bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi kehidupan lebih baik, jadi saya tidak boleh kedekut untuk kepuasan diri saya sendiri.

"Untuk lelaki daripada segi kekangan untuk pelbagaikan gaya juga agak sedikit rumit. Kalau perempuan, mereka boleh warnakan rambut, pakai extension rambut. Tetapi bagi lelaki kami mempunyai sedikit halangan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain