suria

Isu kemurungan meningkat, Nazim Othman nasihat jangan pendam perasaan - “Berhenti jadi judgemental, kita tak tahu apa yang mereka lalui”

Nazim Othman harap mana-mana individu yang terkesan daripada segi emosi jangan pendam perasaan seorang diri.

PELAKON Nazim Othman menyarankan mana-mana individu agar tidak memendam perasaan sebaliknya mencari seseorang untuk meluahkan apa yang dirasakan lebih-lebih lagi dalam keadaan sukar sekarang.

Menurut Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 37, masyarakat juga tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak yang mengalami masalah tekanan emosi dan perasaan sehingga ada yang hilang pertimbangan dengan mengambil keputusan untuk mencabut nyawa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh diri meningkat, Aeril Zafrel saran individu tertekan luah perasaan... Wawa Zainal kongsi tip elak stres

"Secara jujurnya saya tidak rasa yang saya berada dalam posisi yang boleh bercakap bagi pihak mereka (yang mengalami kemurungan).

"Tidak adil untuk kita salahkan mereka 100 peratus sebab kita tak rasa apa yang mereka lalui.

"Mungkin kita masih lagi rasa selesa sebab ada simpanan dan boleh hidup bebas serta sihat buat masa sekarang... tapi on the other side ada pihak yang susah," katanya kepada mStar.

NAZIM 2

Nazim memahami kesukaran yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini.

Sebelum ini menerusi laporan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan jumlah kes bunuh diri dalam negara menunjukkan peningkatan tahun ini dengan 631 kes dilaporkan berbanding 609 tahun lalu.

Jumlah itu berdasarkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana bagi tempoh sehingga Mac tahun ini sahaja sebanyak 336 kes bunuh dilaporkan.

Mungkin kita masih lagi rasa selesa sebab ada simpanan dan boleh hidup bebas serta sihat buat masa sekarang... tapi on the other side ada pihak yang susah.

NAZIM OTHMAN

PELAKON

Sehubungan itu, Nazim menggalakkan mana-mana individu yang terkesan daripada segi emosi untuk meluahkan apa yang terpendam di hati mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Untuk mana-mana pihak yang rasa tertekan, perkara terbaik adalah untuk anda meluahkan perasaan pada seseorang sebab dalam keadaan macam ini kita memang tidak boleh pendam seorang.

"Kalau kita memang rasa berat sangat dah, cari seseorang yang boleh dikongsi perasaan itu malah kalau nak cakap pada orang yang tidak kenal pun tidak mengapa.

NAZIM 1

Nazim bersama rakan pelakon drama Ratu Ten Pin.

"Orang begini dia nak ada orang untuk dengar masalah mereka, itu dah cukup penting dah sekarang ini dan masyarakat perlu jadi lebih memahami selain berhenti jadi judgemental terhadap orang lain sebab kita tak tahu apa yang mereka lalui, " ujarnya lagi.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni, Nazim kini muncul dengan drama terbaharu berjudul Ratu Ten Pin yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11 malam di saluran Astro Ria (104).

Drama terbitan JS Pictures yang mengangkat tema sukan boling itu turut dibintangi Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Sheila Rusly, Lisdawati, Esma Daniel, Datuk Eizlan Yusof, Aleeza Kassim, Nasz Sally dan Hazeeq Dean.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain