suria

Kes bunuh diri meningkat, Aeril Zafrel saran individu tertekan luah perasaan... Wawa Zainal kongsi tip elak stres

Aeril

BIMBANG kes bunuh diri yang semakin meningkat, pelakon Aeril Zafrel menyarankan individu berdepan tekanan meluahkan masalah mereka dengan rakan ahli keluarga selain mendekatkan diri kepada Allah.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, tindakan berkongsi perasaan adalah salah satu cara bagi melegakan tekanan yang sedang mereka hadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen naik meluat tengok Aeril Zafrel manjakan Wawa Zainal, tunjuk mewah - “Tapi orang lain pun buat benda sama”

"Bila dalam keadaan tertekan... apa yang membahayakan apabila datangnya bisikan-bisikan lain (hasutan syaitan) yang menggalakkan ke arah yang tidak baik.

"Bagi saya, apabila ada masalah... luahkanlah. Selain mendekati diri dengan Allah, luahan hati juga amat membantu dalam meredakan tekanan.



Aeril dan Wawa sentiasa melakukan aktiviti bersama di rumah sepanjang PKP.

"Apabila ada kawan atau sesiapa yang tertekan, dengarlah luahan mereka. Luangkanlah waktu apabila mereka perlukan kita. Mungkin kadang-kadang kita tidak mampu memberikan bantuan.

"Sekurang-kurangnya apabila mereka berasa lega apabila masalah dapat diluahkan," kata Aeril.

Saya nak bercakap lebih-lebih pun, kami bukanlah pasangan yang sempurna.

WAWA ZAINAL

PELAKON

Sebelum ini, menerusi laporan media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan jumlah kes bunuh diri dalam negara menunjukkan peningkatan tahun ini dengan 631 kes dilaporkan berbanding 609 tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jumlah itu berdasarkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana bagi tempoh sehingga Mac tahun ini, sebanyak 336 kes bunuh diri dilaporkan.

Dalam pada itu, isteri Aeril iaitu aktres Wawa Zainal juga berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan pasangan suami isteri dan anak-anak di rumah ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Aeril dan Wawa mempunyai tiga orang anak.

"Saya nak bercakap lebih-lebih pun, kami bukanlah pasangan yang sempurna. Namun apa yang kami amalkan untuk mengelakkan stres dalam rumah tangga adalah sentiasa merancang aktiviti bersama.

"Kena buat aktiviti di rumah walaupun agak terhad disebabkan kita tengah lockdown. Cari aktiviti yang boleh mengembalikan momen-momen indah suami isteri.

"Contohnya kemas rumah sama-sama, tonton filem sama-sama dan sebagainya. Bukan sahaja suami isteri, tetapi juga melibatkan anak-anak. Barulah meriah.

"Pada waktu petang, kami bawa anak pusing-pusing kawasan perumahan. Kemudian selepas solat maghrib berjemaah, Aeril akan ajar anak-anak mengaji. Selepas makan malam, kami tonton filem pula," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain