suria

“Kau berlakon ke buat reviu, alahai!” - Penonton tak fokus tengok drama, banyak babak ‘hard sell’ jual produk... pengarah dedah politik belakang tabir

Shahrulezad mahu penonton faham dilema yang sering dihadapi penggiat seni.

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin meminta penonton membuka minda dengan tidak menyalahkan pengarah atau pelakon sekiranya terdapat unsur iklan yang terlalu menjual atau 'hard sell' dalam sesebuah drama.

Menurut Sharulezad, penonton perlu memahami konsep politik belakang tabir yang mana membuatkan pengarah dan stesen televisyen tersepit dengan permintaan penaja drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lapar’ perhatian, Shahrulezad kesal pelakon wanita sanggup buka pekung artis lain di TikTok - “Dia tutup periuk nasi sendiri”

"Penonton sebenarnya tidak faham akan konsep politik belakang tabir... kebanyakan pengarah dan pihak stesen tv tersepit dan ini merupakan antara dilema yang selalu dihadapi penggiat seni.

"Kebanyakan brand yang sponsor mereka bukan penonton drama Melayu tegar, jadi mereka tak tahu yang penonton kita memang tak suka konsep hard sell... mereka hanya nampak rating drama itu tinggi.

Netizen memuat naik babak drama yang dilakonkan Amyra Rosli.

"Yang jadi kambing hitamnya pengarah dan stesen tv... penonton kemudian banding-bandingkan dengan produksi drama Korea Selatan tapi saya tengok drama di Korea pun ada juga yang hard sell," katanya ketika dihubungi mStar.

Shahrulezad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu product placement yang dianggap keterlaluan sehingga menganggu jalan cerita sesebuah drama itu sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang penonton.

Kebanyakan brand yang sponsor mereka bukan penonton drama Melayu tegar, jadi mereka tak tahu yang penonton kita memang tak suka konsep hard sell.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Seorang netizen memuat naik video memperlihatkan aksi pelakon Amyra Rosli sedang bercakap sambil mempromosikan produk penajaan drama tersebut yang dirasakan terlalu 'menjual' sehingga menganggu fokus terhadap jalan cerita drama berkenaan.

"Kau berlakon drama ke nak buat product review, alahai cringe pula tengok dia bercakap dengan vitamin C tu," tulis netizen tersebut.

Reaksi netizen terhadap babak drama tersebut.

Pengarah drama fenomena Nur dan Nur 2 ini berkata, dia pasti semua pengarah tidak menggemari konsep hard sell namun segala keputusan tertakluk kepada client memandangkan mereka yang mengeluarkan duit untuk membayar gaji pekerja produksi, para pelakon serta pengarah.

"Cuba bayangkan kita tengah shoot, wakil agensi berderet-deret di belakang kita, sampai saya pun pernah bergaduh sebab nak sampaikan product placement itu kalau boleh nak subtle (halus) yang mungkin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tolonglah agensi nasihatkan client anda yang hard sell memang tidak bagus untuk brand pelanggan anda. Dalam konteks hiburan, hard sell never works.

"Perkara itu boleh backfire balik brand tersebut sebab nanti penonton akan menyampah sebab ia menganggu estestik cerita tersebut," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun