suria

‘Lapar’ perhatian, Shahrulezad kesal pelakon wanita sanggup buka pekung artis lain di TikTok - “Dia tutup periuk nasi sendiri”

Shahrulezad berharap aktres itu berhenti berkongsi cerita buruk artis dan pengarah di TikTok.

PENGARAH drama terkenal Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang pelakon wanita yang menjaja cerita buruk apa yang berlaku di lokasi penggambaran menerusi aplikasi TikTok.

Enggan mendedahkan identiti aktres itu, Shahrulezad atau mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata tindakan individu tersebut seperti membuka aib keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Siaran ‘Nur’ di Indonesia disambung semula bermula esok... Shahrulezad bidas komen Zed Zaidi label drama Melayu ‘syok sendiri’

Malah, perkongsian aktres itu membuatkan industri seni kelihatan terlalu buruk sehingga menambahkan lagi kebencian netizen terhadap golongan selebriti.



Shahrulezad berkongsi perkara itu di Instagram.

"Tujuan saya muat naik perkongsian itu bukan nak marah dia tapi sebagai teguran. Saya tak nak sebut nama dia sebab kalau saya dedah, saya dengan dia sama saja.

"Dalam keadaan sekarang ini, ramai orang tertekan... sehingga ada yang maki pemimpin, ulama dan golongan industri juga menjadi kebencian orang. Apa yang dia buat itu seperti dedah aib keluarga sendiri.

"Saya rasa sedih dan kecewa apabila artis sendiri yang menjaja cerita buruk rakan seindustri. Dia menunjukkan betapa kotornya industri dan memburukkan lagi dunia seni," kata Shahrulezad ketika dihubungi mStar.

Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum?

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Terdahulu, pengarah drama Nur itu memuat naik status menegur sikap pelakon wanita yang gemar berkongsi kisah buruk di set penggambaran menerusi aplikasi TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Shahrulezad, individu tersebut menjadikan video tersebut sebagai bahan mengutuk perangai artis dan pengarah tertentu untuk menarik perhatian netizen.

Mengakui dunia hiburan drama atau filem tidak sempurna, Shahrulezad berharap aktres sebut berhenti berkongsi perkara seperti itu di laman sosial.

Dalam pada itu, Shahrulezad turut mempersoalkan tindakan pelakon wanita itu yang dianggap seperti menutup periuk nasi sendiri.



Shahrulezad takut nak bekerjasama dengan pelakon wanita itu.

Malah Shahrulezad yang juga seorang penerbit mengakui dia enggan bekerjasama dengan pelakon tersebut kerana bimbang akan menjadi mangsa bahan umpatan.

"Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum? Dia nak jadi content creator ke pelakon? Dia tak sedar ke apa yang dia buat itu sebenarnya menutup periuk nasinya sendiri.

"Bila macam ini, sudah tentu orang takut nak dekat dan takut nak ambil dia kerja. Saya tak pernah bekerjasama dengan dia tapi bila macam ini, memang tidak la saya nak bekerja dengan dia.

"Rasa-rasanya, mesti pelakon lain pun takut nak kawan atau kerjasama dengan dia. Takut depan-depan nampak baik, belakang kutuk dan sebarkan aib kepada umum," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain