suria

Siaran ‘Nur’ di Indonesia disambung semula bermula esok... Shahrulezad bidas komen Zed Zaidi label drama Melayu ‘syok sendiri’

Shahrulezad anggap Zed Zaidi beri kenyataan tanpa info mengenai isu drama Nur.

SELEPAS dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rusli akan kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya Shahrulezad Mohameddin, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.

Shahrulezad menerusi Instagramnya turut memuat naik waktu siaran baharu yang ditetapkan pihak stesen televisyen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya tayang 1 episod sahaja di Indonesia, Shahrulezad akui ‘Nur’ dibuat ikut selera penonton Malaysia - “Acik-acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out”

"Abam (merujuk dirinya) dapat jadual baru tayangan Nur di Indonesia dari minggu lepas tapi abam malas nak update kat sini sebab macam nak move on dengan isu ini.

"Abam up jadual baru ini untuk Zed Zaidi sebenarnya, just nak bagitahu dia drama Malaysia yang dia kata tiada kualiti sebenarnya dapat tarikh tayangan baru. Bukan satu stesen tapi dua stesen TV.

"Jangan tanya abam kenapa mereka pull out sekarang masukan balik... tapi dengar kata sebab desakan peminat-peminat drama Nur di sana," ujarnya.

Siaran baharu Bermuda 1 Mei di MNCTV dan Muslim TV.

Sebelum itu, Shahrulezad turut membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi yang mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap 'syok sendiri'.

Shahrulezad atau lebih mesra disapa sebagai Budak Ijat berkata karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

"Dikatakan drama abam syok sendiri. Suka hati la. Saya tidak mahu terlibat dengan polemik ini. Jalan terus saja dak Ijat. Kata-kata begini tak akan jadi kudis bagi diri abam. Semua org berhak memberikan pendapat memasing.

Orang macam abam dan rakan karyawan lain cuma fokus hasilkan yang terbaik sahaja.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH DRAMA NUR

"Lagipun abam bukan buat drama just to please semua orang termasuk sangap nak ke luar negara bagai. Abam buat drama hanya untuk peminat drama Melayu khususnya peminat drama Radiusone.

"Untuk pengetahuan, yang meniru idea drama abam bukannya abam tapi daripada mereka. Yang nak beli drama abam bukannya abam yang paksa tapi stesen TV mereka yang beria-ria nak beli syndicated right sampai dua siri.

"Dan yang buat keputusan tak nak tayang padahal baru episod pertama pun bukan abam yang suruh," kata Shahrulezad yang turut memuat naik paparan skrin artikel kenyataan Zed Zaidi di sebuah portal.

Shahrilezad bidas kenyataan Zed Zaidi di IG.

Isnin lalu, Shahrulezad mendedahkan drama terbitan Radius One Production itu telah ditarik balik siarannya oleh stesen penyiar Indonesia selepas tayangan episod pertama tidak mendapat sambutan.

Menjelaskan perkara itu, Shahrulezad berkata dia tidak berkecil hati, sebaliknya faham dengan citarasa penonton negara itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.

Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

"TV3 dan stesen lain yang patut bekerja keras export drama Malaysia ke luar bukan asyik la beli drama luar bawa masuk ke dalam. Stesen TV, kerajaan, Finas yang patut berusaha keras eksport drama kita keluar.

"Orang macam abam dan rakan karyawan lain cuma fokus hasilkan yang terbaik sahaja. Fasal kenyataan cetek Zed Zaidi, abam cuma mampu gelak saja. Dia tidak tahu apa-apa fasal isu drama Nur kenapa dikatakan gagal menembusi pasaran di sana.

"Abam percaya dia main bantai saja apa dia nak cakap. Blur! Janji aku kena jawab soalan wartawan ini sebab kalau dia tak jawab nampak sangat dia bodoh kan.

Drama arahan Shahrulezad dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

"Jadi korang sendiri la yang nilai jawapan dia. Bulan bulan puasa macam ni abam tak kuasa nak sentap-sentap bagai. Sesekali kita kasi up balik nama Zed Zaidi ni apa salahnya kan," katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abd. Jamil atau Zed Zaidi menerusi sebuah portal berpendapat tahap kualiti drama Melayu masih lagi ‘syok sendiri’ menjadi punca utama siri drama tempatan gagal mendapat tempat dalam mana-mana stesen televisyen Indonesia.

Tambah Zed, mutu drama negara ini hanya layak untuk siaran Malaysia sahaja.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain