suria

Siti Nurhaliza ‘kena’ lagi! Netizen tak senang hati tengok majlis tahnik Muhammad Afwa - “PDRM boleh la saman Tokti”

Siti Nurhaliza bersama tetamu yang diundang ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa yang diadakan baru-baru ini.

NAMPAKNYA penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran netizen kerana didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza akhirnya dedah wajah anak kedua, pilih nama Muhammad Afwa

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid-19 masih lagi mencatatkan empat angka.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut diundang ke majlis tersebut.

Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Momen sekitar majlis berkenaan dikongsikan Siti di Instagram.

PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya... sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

NETIZEN

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.

“PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya... sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini... macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignorance (tidak peka) dengan isu semasa.

Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut.

“Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis netizen.

Sebelum ini, netizen turut mempertikaikan isu SOP di hospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Usaha mStar untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain