suria

Netizen syak Neelofa rentas negeri ‘shopping’ di Nilai 3 - “Buka kedai karpet pula ke?”

Neelofa sebelum ini dikenakan kompuan RM60,000 kerana langgar SOP majlis nikah dan rentas negeri.

NAMA selebriti sensasi Noor Neelofa Mohd Noor terus menjadi bualan ramai apabila dia sekali lagi dikesan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kali ini pengguna media sosial mendakwa Neelofa, 32 dan suaminya Haris Ismail, 26, berkunjung ke sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Telahan itu berdasarkan dua posting Neelofa sendiri di ruangan Instastory pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa reda dikompaun, anggap satu pengajaran - “Maaf beri sedikit masalah”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ya Allah ramainya bersangka tidak baik” - Neelofa terkejut dituduh sindir penjual burger dikompaun RM50,000

Hasil siasatan netizen, rata-rata yakin kedai karpet yang dikunjungi Neelofa itu terletak di Nilai 3 sungguhpun terdapat cawangan lain di Setapak, Kuala Lumpur selain Johor dan Brunei.

"Tak serik-serik. Best jadi kayangan. Buka kedai karpet pula ke?

"Tolong la husnuzon dengan Neelofa ni. Dia pergi sana singgah je kat kedai tu. Rentas negeri maybe sebab nak buka kedai air baru kat situ.

"Nilai 3 baru diumumkan sebahagian dari Lembah Klang #donebackup," demikian komen dan sindiran netizen di Twitter berhubung isu berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi pemerhatian mStar, Neelofa bagaimanapun sudah memadam video seorang lelaki dipercayai pemilik kedai karpet tersebut yang sempat mempromosikan lokasi perniagaannya selain di Nilai 3.

Tindakan memadam posting berkenaan lebih mengundang pertikaian netizen sekiranya Neelofa dan suaminya tidak melakukan kesalahan seperti didakwa.

Neelofa dan keluarga sebelum ini dikompaun sebanyak RM60,000 kerana majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu selepas didapati melanggar SOP PKPB.

Neelofa dan Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz juga dikompaun kerana menyalahguna kebenaran rentas negeri ketika berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja.

Susulan itu Neelofa tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf selain mengakui akan mengambil pengajaran di atas kekecohan yang dicetuskannya sebelum ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain