suria

[VIDEO] “Ya Allah ramainya bersangka tidak baik” - Neelofa terkejut dituduh sindir penjual burger dikompaun RM50,000

TINDAKAN pengacara Neelofa memuat naik gambar burger di Instagram miliknya menimbulkan kemarahan netizen apabila dia dikatakan seolah-olah menyindir seorang peniaga makanan itu di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 baru-baru ini.

Neelofa yang baharu sahaja didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri menulis kapsyen mahu menikmati burger semasa moreh malam nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz bersalah! Keluarga turut dikompaun keseluruhan RM60,000 langgar SOP

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa reda dikompaun, anggap satu pengajaran - “Maaf beri sedikit masalah”

“Moreh burger malam ni meh, ” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji ‘ketawa’.

Menyedari perkara itu menimbulkan salah faham banyak pihak, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memadam foto berkenaan yang didapati diperoleh daripada enjin carian Google.

Malah dia tampil menjelaskan perkara sebenar.

Neelofa memuat naik paparan skrin bukti perbincangannya bersama pengurusan.

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail ini berkata, dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak termasuk peniaga berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaliknya ujar Neelofa dia lebih awal mengarahkan peguam menghubungi individu tersebut untuk menawarkan bantuan bagi menyelesaikan bayaran kompaun terbabit.

“Ya Allah ramai salah anggap dan bersangka tidak baik, sebelum saya post gambar itu, peguam saya sudah menghubungi abang burger dan pihak polis.

”Untuk tanyakan detail tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah, ” tulisnya.

Ya Allah ramai salah anggap dan bersangka tidak baik, sebelum saya post gambar itu, peguam saya sudah menghubungi abang burger dan pihak polis.

NEELOFA

PENGACARA

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP ini juga memuat naik bukti paparan skrin mesej perbualan tentang hasratnya membantu peniaga burger tersebut.

Neelofa berkahwin dengan PU Riz pada 27 Mac lalu.

Malah, Neelofa turut memuat naik petikan hadis berkaitan kelebihan dalam membantu orang dalam kesusahan.

Terdahulu, Neelofa serta keluarganya telah dikenakan kompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur SOP di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain