suria

Nama jarang ‘panas’, Sarah Suhairi fikir dulu sebelum ‘upload’ di media sosial - “Saya jaga maruah keluarga”

Sarah Suhairi elak terpalit kontroversi.

EMPAT tahun menceburkan diri dalam bidang seni, nama penyanyi Sarah Suhairi jarang dikaitkan dengan kontroversi berbanding rakan seangkatannya yang lain.

Sarah, 21, mengakui namanya kurang 'panas' berikutan dia sangat menjaga nama baik keluarga dan berfikir dahulu sebelum melakukan perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata kiri Sarah Suhairi dijangkiti kuman dan bernanah gara-gara tak bersihkan mekap

"Sejak mula masuk industri, saya memang dah bersedia daripada segi mental dan fizikal... tak kisah untuk cerita baik atau buruk.

"Sebenarnya masa saya mula-mula nak masuk dalam industri, ibu merupakan antara individu yang sangat menentang keputusan itu, mungkin dia risau sebab saya anak perempuan pertama dan dia tak nak saya rasa spoilt.

Sarah bersama keluarga tersayang.

"Kalau boleh saya tak nak kecewakan keluarga dan sebab itu saya menjaga maruah keluarga... sebab apa sahaja yang kita buat, lambat-laun ia akan terpalit juga pada keluarga," katanya kepada mStar.

Sarah berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media virtual sempena pelancaran single terbaharunya berjudul Andaikan baru-baru ini.

Diminta mengulas mengenai isu kontroversi yang sering kali melanda rakan penyanyi BBNU (budak baru nak up) lain sejak kebelakangan ini, Sarah berkata dia cukup mengambil pengajaran daripada perkara tersebut.

Sebenarnya masa saya nak mula-mula nak masuk dalam industri, ibu merupakan antara individu yang sangat menentang keputusan itu.

SARAH SUHAIRI

PENYANYI

"Bila saya tengok rakan-rakan artis yang pernah dikecam... yela, bila bercakap dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan masalah pandemik, semua orang jadi lebih sensitif.

"Semua orang duduk di rumah mungkin melihat apa sahaja yang artis lakukan sebab itu saya belajar daripada situ sebelum nak muat naik sesuatu kita kena fikir apa akibat yang bakal diterima.

"Pengajaran yang saya dapat adalah untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkin mendatangkan amarah orang... kalau boleh saya nak go all clean," ujarnya.

Sarah kini tampil dengan single baharu, Andaikan.

Sementara itu, bercakap mengenai single keenamnya itu, Sarah berkata dia berbesar hati dapat menyanyikan lagu ciptaan komposer Sharon Paul dan nukilan penulis lirik, Shah Shamsiri.

Dirakamkan dua tahun lalu, Andaikan juga turut dipilih menjadi lagu runut bunyi (OST) drama terbaharu yang ditayangkan di TV3 berjudul Hatimu Sedingin Salju.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menariknya, muzik video (MV) Andaikan dirakamkan sendiri di rumah Sarah disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mendapat bantuan daripada adiknya sendiri, Sarah teruja akhirnya MV itu kini sudah boleh ditonton serentak dengan pelancaran lagu tersebut.

"Saya sangat bersyukur ada sedikit peralatan untuk saya rakam sendiri selain adik saya juga ada beberapa kelengkapan lain dan pandai pegang kamera.

"Jadi saya serahkan kerja-kerja posisi dan gerakan kamera itu kepada adik saya sendiri," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain