suria

Ramlah Ram pernah pasang niat undur diri pada usia 50 tahun, tapi tak jadi - “Saya rancang dalam hati saja”

Ramlah tetap teruskan menyanyi selagi ada permintaan.

LEBIH 35 tahun dalam industri, penyanyi Ramlah Ram mengakui dia pernah terfikir untuk bersara daripada dunia nyanyian ketika usianya mencecah 50 tahun.

Ramlah, 56, bagaimanapun memberitahu hasrat itu hanya terpendam di hati kerana minatnya dalam dunia muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun kedua sambut Ramadan jauh dari ibu, Ramlah Ram sebak dengar lagu raya

"Sebenarnya saya tak berani nak cakap sampai bila akan terus menyanyi. Sebab dahulu, saya pernah juga terfikir nak berhenti menyanyi apabila umur dah 50 tahun.

Ramlah enggan meletakkan sasaran untuk menamatkan karier nyanyian.

"Tapi kadang-kadang apa yang kita rancang hanya dalam hati saja. Saya pun tak pernah keluarkan statement bila akan berhenti menyanyi. Takut nanti bila kita cakap nak berhenti, tapi tak jadi pun.

"Tengok la... Insya-Allah nanti satu ketika mungkin saya rasa dah tak nak menyanyi, saya akan berhenti," kata Ramlah Ram kepada mStar.

Saya pun tak pernah keluarkan statement bila akan berhenti menyanyi.

RAMLAH RAM

PENYANYI

Dalam pada itu, Ramlah yang kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Aku Ubatinya Lagi mengakui agak sukar untuk melancarkan sesebuah karya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Biarpun begitu, penyanyi lagu Diam-Diam Jatuh Cinta itu terpaksa meneruskan perancangan memandangkan tempoh lanjutan PKP tetap berterusan.

"Sebelum ini pun lagu saya keluar dalam tempoh PKP juga. Jadi, tak boleh nak fikir masa PKP ni sesuai atau tidak keluar lagu.

Ramlah Ram tampil dengan single terbaharu hasil ciptaan Ajai.

"Ikutkan memang sukar nak keluarkan lagu waktu ini... daripada segi promosi jadi terbatas sebab kita tak boleh buat macam-macam. Tapi kalau kita tunggu, sampai bila tak boleh nak keluar lagu.

"Lagu ini dah siap sejak PKP tahun lalu tapi lambat sikit keluar sebab saya keluarkan lagu lain dahulu," ujarnya.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Ajai dan sudah dirakam sejak PKP tahun lalu iaitu sekitar awal Mac 2020.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain