suria

Minggu Demam 90an Suria diteruskan, ikuti temubual bersama artis kesayangan anda!

Suria putarkan semula lagu-lagu popular tahun 90-an.

SELEPAS menerima sambutan menggalakkan, minggu Demam 90an Suria akan diteruskan seminggu lagi bermula 28 Jun hingga 2 Julai ini.

Pengisian yang sedikit berbeza dari minggu lepas, Demam 90an Suria pada minggu ini akan memutarkan seleksi lagu 90an mengikut tema berbeza pada setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Istimewa Jun ini, Suria FM imbau kenangan lagu-lagu popular era 90-an... pendengar pun boleh buat permintaan!

Seperti contoh lagu 90an yang diterbitkan pada tahun yang sama dan juga lagu 90an yang mempunyai tajuk berkaitan dengan nama wanita.

Selain itu, dengarkan juga temubual istimewa bersama penyampai Suria dan artis popular 90an tanah air seperti Siti Nordiana, Achong Sweet Child, Azza Elite, Shafie Rio dan Zarul Umbrella menerusi siaran langsung IG Suria Malaysia bermula 9 malam ini.



Barisan artis yang akan memeriahkan segmen Memori 90.

Selain perkembangan terkini dan juga berkongsi memori tahun 90an bersama artis jemputan, temubual ini juga akan memberi ruang kepada artis tersebut berkongsi mengenai perniagaan milik mereka yang dijalankan atas talian ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dengarkan lagu popular yang menggamit memori anda dan berkongsi lagu 90an pilihan serta nostalgia disebalik lagu itu menerusi segmen khas Team Pagi Suria iaitu ‘Memori90 Suria’ setiap hari pada 9.30 pagi dengan menghubungi talian Suria FM di 03-77242115.

Kekal di rumah dan tetap berhibur dengan Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain