suria

Istimewa Jun ini, Suria FM imbau kenangan lagu-lagu popular era 90-an... pendengar pun boleh buat permintaan!

Suria FM putar kembali lagu-lagu popular era 90-an.

STESEN radio Suria FM membawakan satu segmen khas Demam 90an di mana bakal membawa anda mengimbau kembali lagu-lagu popular era 90-an.

Bermula Isnin hingga Jumaat ini, Suria bakal memainkan pelbagai seleksi lagu kegemaran ramai dari dalam dan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jam setengah dengar 'Suria Cinta'! Suria FM catat 2.9 juta pendengar bagi tahun 2020

Antaranya lagu-lagu hits seperti daripada kumpulan Spring, BPR, Laksamana, KRU dan Ziana Ziana yang pastinya malar segar sehingga kini.

Selain lagu-lagu tersebut, pendengar juga boleh menonton temubual istimewa Memori 90 Suria bersama penyanyi-penyanyi tersebut menerusi siaran langsung Instagram Suria Malaysia setiap hari pada pukul 9 malam.

Pendengar juga boleh berkongsi lagu 90an pilihan dan nostalgia di sebalik lagu tersebut menerusi segmen khas Team Pagi Suria iaitu Memori 90 Suria setiap hari pada pukul 9.30 pagi dengan menghubungi talian Suria FM di 03-77242115.

Penyampai radio Suria FM berkongsikan pengalaman mereka bergelar bapa.

Seiring dengan sambutan Hari Bapa, Suria juga akan menayangkan pengisian istimewa melibatkan penyampainya seperti Ajak, Issey, Fizi Ali dan Tyzo dan menyelusuri perasaan sebenar mereka sebagai seorang bapa.

Video temubual istimewa Jannah Untuk Ayah sempena Hari Bapa boleh ditonton di Facebook Suria FM dan YouTube SuriaTV pada pukul 12 tengah hari pada Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Buat peminat bola, anda juga boleh mengikuti perkembangan perlawanan Euro 2020 menerusi segmen Fiesta Bola Eropah 2020 Suria FM.

Dapatkan trivia menarik dan sertai kuiz mudah mengenai Euro 2020 dan negara yang bertanding di IG story Suria Malaysia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain