suria

Wawa Zainal kembali berlakon selepas lima tahun, siap rakam lagu OST filem Sabda Kekasih - “Susah jadi penyanyi... rakam 6 kali dah semput!”

Wawa Zainal kembali berlakon selepas lima tahun tidak masuk set penggambaran.

SELEPAS lima tahun berehat dalam bidang lakonan, pelakon Wawa Zainal akhirnya bakal muncul menerusi sebuah filem berjudul Sabda Kekasih pada Khamis depan di Astro First.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, mengakui berasa sedikit kekok untuk beraksi di set penggambaran, namun berjaya mengatasi perasaan gementarnya atas bantuan pelakon lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Baik hati Wawa Zainal... beri ganjaran pelajar cemerlang SPM, tunjuk ‘result’ 7A dapat RM200! - “Doakan saya dapat taja mereka sambung belajar”

"Sebenarnya filem ni selepas lima tahun Wawa tak masuk set. Memang agak gementar juga bila memikirkan penerimaan orang ramai, harap orang suka dan sokonglah.

"Wawa buat dengan sepenuh jiwa untuk filem ni. Memang agak mencabar, tipu kalau tak kekok sebab sudah lima tahun tak berlakon.

"Alhamdulillah, ada banyak barisan pelakon yang hebat untuk bantu saya dapatkan mood berlakon tu balik," ujarnya kepada mStar pada Jumaat.



Perkongsian Wawa di laman Instagram miliknya bakal muncul berlakon semula.

Filem Sabda Kekasih turut dibintangi oleh suaminya Aeril Zafrel, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.

Dalam pada itu, Wawa berkata, dia membuat keputusan kembali berlakon disebabkan rindu dengan dunia lakonan.

Malah, bekerja di bawah produksi sendiri juga memudahkan dia untuk memilih masa dan jalan cerita yang diinginkan.

Saya kembali berlakon sebab rindu.

WAWA ZAINAL

PELAKON

"Saya nak kembali berlakon sebab rindu... Sebelum ni bukan tak ada tawaran, ada saja tapi disebabkan perlukan komitmen masa yang tidak menentu menyukarkan saya untuk terima.

"Since this is our own production Wawa bebas untuk memilih masa dan jalan cerita yang kami mahukan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, lebih menarik, dia buat pertama kali merakam sebuah lagu berjudul Lantera Cinta yang dijadikan sebagai lagu tema untuk filem berkenaan.



Wawa berkahwin dengan Aeril Zafrel dan dikurniakan tiga orang anak.

Kata Wawa, apa yang dilakukan itu sekadar suka-suka dan tidak berminat untuk menceburi bidang nyanyian.

"Rakaman lagu tu direkod hanya untuk OST filem Sabda Kekasih saja, takda la sampai nak jadi penyanyi pun, hanya untuk suka-suka saja," ujarnya.

Sebelum ini, Wawa menerusi Instagram memberitahu dia membuat rakaman suara di rumah dan mengakui menjadi penyanyi bukan sesuatu yang mudah.

"Wawa recording ni dekat rumah, sumpah susah gila jadi penyanyi, semput tahu tak, record enam kali dah pancit... give up sis!" tulisnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan