suria

Baik hati Wawa Zainal... beri ganjaran pelajar cemerlang SPM, tunjuk ‘result’ 7A dapat RM200! - “Doakan saya dapat taja mereka sambung belajar”

Wawa Zainal beri ganjaran kepada pelajar cemerlang SPM.

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal berkata, niatnya untuk memberi ganjaran kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM) yang diumumkan pada Khamis hanya untuk berkongsi rezeki.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berharap tindakannya meraikan kejayaan pelajar-pelajar cemerlang itu akan memberi semangat untuk mereka terus berusaha.

"Alhamdulillah tak sangka ramai pelajar-pelajar SPM di Malaysia ni hebat dan cemerlang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara nak cantik, Wawa Zainal tunai hasrat anak pakai gigi palsu pada usia 6 tahun!

"Apa yang saya buat supaya mereka gembira, sebab bila kita memperolehi kejayaan kadang-kadang kita nak juga dihargai.

"Mungkin ada sesetengah pelajar di luar sana tu tak sempat orang sekeliling beri penghargaan so why not Wawa buat macam tu untuk meraikan kejayaan mereka," katanya kepada mStar.



Perkongsian Wawa Zainal menerusi Instastory miliknya.

Terdahulu, Wawa meminta pelajar yang mendapat keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghantar mesej menerusi Intagram bagi memberi ganjaran wang tunai sebanyak RM200.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel juga berkata, dia menerima banyak mesej daripada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, namun memberikan penghargaan tersebut kepada yang terawal.

Apa yang saya buat supaya mereka gembira, sebab bila kita memperolehi kejayaan kadang-kadang kita nak juga dihargai.

WAWA ZAINAL

PELAKON

"Ramai yang DM (mesej langsung), kalau nak transfer semua tu mustahil la, mana yang terawal Wawa akan bagi, tapi mana yang tak dapat jangan kecewa InsyaAllah lain kali rezeki korang pulak.

"Untuk hadiah lain InsyaAllah, Wawa selalu bagi barangan kosmetik kepada followers, mungkin boleh juga bagi pelajar SPM ni," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Wawa berkata, tindakannya itu bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya hanya ingin membantu dan memberikan inspirasi kepada orang di luar sana untuk membuat perkara sama.



Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya

"Niat Wawa bukan nak menunjuk-nunjuk, hanya memberi penghargaan kepada mereka dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk buat perkara yang sama, menghargai kejayaan mereka.

"InsyaAllah doakan semoga Wawa dapat taja adik-adik untuk sambung belajar," ujarnya.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddiin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain