suria

Gara-gara video ‘salah parking’ emosi Neeta Manishaa kini terganggu... ambil keputusan berehat daripada media sosial

Neeta tertekan gara-gara dikecam selepas video membabitkan dirinya tular.

PELBAGAI kecaman dan cacian yang diterima selepas video 'salah parking' di TikTok tular baru-baru ini membuat penyanyi Neeta Manishaa kini berada dalam keadaan tertekan sehingga membuat keputusan untuk berehat daripada sosial media.

Ketua Bahagian Pemasaran NAR Records, Becky Zulkepli, berkata, emosi penyanyi lagu Hanya mimpi itu kini terganggu berikutan apa yang berlaku itu turut melibatkan maruah keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neeta bengang dibandingkan dengan Pavithra - “Saya jadi bitter, sudah tentu semua orang perlu fasih bahasa Melayu!”

"Saya mohon maaf bagi pihak Neeta... buat masa sekarang dia tidak dapat nak beri sebarang kenyataan. Sejujurnya, dia agak tertekan dengan isu yang berlaku.



Video memperlihatkan Neeta sedang membetulkan bahagian dada menjadi tular.

"Emosi juga terganggu disebabkan isu itu. Apa yang jadi turut melibatkan maruah dia serta keluarga. Dia seorang anak yang sangat sayangkan ibu bapanya sebab dia pun anak tunggal.

"Isu itu sedikit sebanyak menggores hati ibu bapanya. Keputusan dia untuk berehat daripada laman sosial pun sebab nak tenangkan diri.

Saya akan berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu.

NEETA MANISHA

PENYANYI

"Banyak kecaman dan cacian terlalu melampau daripada netizen menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat daripada laman sosial," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok memuat naik rakaman video memaparkan Neeta sedang membetulkan baju di bahagaian dada pada program All Together Now Malaysia yang ditayangkan pada Ahad lalu.

Video dengan keterangan bertulis 'salah parking' itu menjadi tular di aplikasi berkenaan.



Neeta umum rehat dari media sosial.

Dalam pada itu, Neeta yang juga vokalis kumpulan Iamneeta menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu dia akan berhenti menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya akan berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu. Terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan mesej baik yang diberikan. Ia sangat bermakna buat saya. See ya soon geng," tulisnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain