suria

Neeta bengang dibandingkan dengan Pavithra - “Saya jadi bitter, sudah tentu semua orang perlu fasih bahasa Melayu!”

Neeta luah rasa kecewa dibandingkan dengan S Pavithra (kiri).

PENYANYI Neeta Manisha meluahkan rasa kesal selepas tahap keupayaannya berbahasa Melayu dibandingkan dengan YouTuber masakan popular iaitu S Pavithra.

Tegas Neeta atau nama sebenar Neeta Manishaa Manogaran, 26, perbuatan membandingkan dia dan Pavithra adalah melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawal diri dari berkata buruk pada orang!” - Neeta Manisha lali ditegur warna kulit, padam Tweet enggan panjangkan isu

"Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia.

Neeta berang dikecam netizen kerana berbahasa Inggeris dalam sebuah program hiburan di TV.

"Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau.

"Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya," katanya kepada mStar.

Selain itu katanya, kecaman yang diterima tidak masuk akal kerana dia sering menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Namun, vokalis kumpulan IamNEETA ini berkata dia tidak menyalahkan Pavithra dalam soal ini malah mendoakan yang terbaik untuk dia dan suaminya M Sugu yang terlibat dalam dakwaan kes pukul baru-baru ini.

Neeta berkongsi kekesalannya menerusi laman Twitter.

"Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu.

"Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program... saya jadi bitter.

"Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia," ujarnya.

Naib juara program Big Stage ini bagaimanapun mengakui rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu pandai berbahasa Melayu.

Pasangan S Pavithra dan M Sugu berdepan kontroversi akibat salah faham.

"Sudah tentu semua orang perlu tahu berbahasa Melayu, isunya ialah sama ada fasih atau tidak saja.

"Untuk saya, bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan bahasa Melayu adalah bahasa kedua saya sebab tu kadang-kadang ada pelat.

"Netizen juga perlu jadi lebih peka dengan apa yang mereka tulis di media sosial. Nampak macam tak serius tapi sebenarnya apa yang mereka tulis tu beri impak yang agak besar kepada orang yang dikecam.

"Selalunya orang yang cakap macam ni tak faham bagaimana media sosial ni berfungsi... merekafingat boleh cakap apa-apa saja yang mereka nak," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain