suria

Misha Omar mulakan rawatan kesuburan, berharap dikurniakan ‘baby girl’ - “Kalau telur masih okay, dia boleh hamil secara normal”

Misha berharap dikurniakan bayi perempuan.

DEMI mendapatkan cahaya mata kedua selepas lima tahun, penyanyi Misha Omar memberitahu dia kini sudah pun memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata, dia juga mendapatkan khidmat nasihat daripada kenalannya yang juga seorang pakar sakit puan iaitu Dr Azrai Abu sebagai persiapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar serba salah kongsi versi ‘cover’ lagu Kendati - “Kedengaran agak tua pula ditangan saya... macam berlebih-lebihan menyanyi pun iya”

Kata penyanyi berusia 39 tahun ini ketika dihubungi mStar pada Jumaat, dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap keseuburanya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

"Seperti yang semua orang tahu, saya tengah mencuba untuk mendapatkan ahli keluarga baru sejak tahun lalu lagi. Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya.



Misha melakukan IG Live bersama Dr Azrai bagi menjelaskan mengenai ujian AMH.

"Sebab itu saya ada minta nasihat daripada Dr. Azrai yang merupakan kenalan lama, dia juga kenalan ahli keluarga kerana mudah untuk kami berbicara.

"Untuk proses kali ini, saya masih di peringkat awal dan saya baharu saja memberikan sample darah untuk dihantar ke lab di mana keputusan akan keluar dalam masa tiga minggu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tanpa Rela ini menjelaskan tanda pagar yang dicipta di Instagram #MenjejakKhadeja itu sebagai pembakar semangat untuk dikurniakan bayi perempuan.

"Hashtag tu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl.

Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya.

MISHA OMAR

PENYANYI

"Kena doalah dari sekarang... tapi kalau nanti dikurniakan bayi lelaki pun tak apa. Orang kata permulaan ini yang akan menyempurnakan perjalanan itu. Jadi, saya doa dari sekarang mudah-mudahan Khadeja.

"Tapi nama itu bukan kekal untuk baby girl nanti (jika diberikan rezeki). Ia sekadar nama saja. Tak tahu nak beri nama apa dan itu saja yang terlintas di kepala," ujarnya.

Sementara itu, Dr Azrai yang pakar sakit puan di UKM Specialist Centre memberitahu Misha berkemungkinan berpeluang untuk mengandung secara semula jadi tanpa melalui rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

"Apa yang Misha dan saya berbincang semalam untuk mengetahui saja potensi telur Misha untuk hamil. Tak semestinya Misha kena lalui IVF.



Misha bersama suami dan dua orang anaknya.

"Sebab itu apa yang kami bincangkan lebih kepada kesedaran untuk bagi orang umum tahu yang rawatan kesuburan ini tak semestinya IVF. Kalau telur Misha masih okay, dia boleh lalui kehamilan secara normal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apa-apa proses yang Misha akan lalui selepas keputusan ujian AMH keluar. Berdasarkan keputusan itu kita boleh tengok apa kemungkinan yang buat kondisi telur itu rendah.

"Selepas itu, barulah kita boleh bincanglah. Kalau nak teruskan secara normal, kita mungkin periksa saluran peranakan. Harap semua orang faham situasi Misha," katanya.

Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini sudah berusia 15 tahun.

Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan