suria

Misha Omar serba salah kongsi versi ‘cover’ lagu Kendati - “Kedengaran agak tua pula ditangan saya... macam berlebih-lebihan menyanyi pun iya”

Misha puji suara Amylea menyanyikan lagu Kendati dengan baik.

MEMUJI persembahan vokal dan single terbaharu penyanyi Amylea berjudul Kendati, penyanyi Misha Omar bagaimanapun mengakui seperti ada yang tak kena apabila dia cuba menyanyikan semula lagu tersebut.

Misha atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch memberitahu nyanyiannya kedengaran seperti berlebihan berbanding penyanyi asal yang menyampaikan lagu itu dengan cemerlang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali cipta lagu, Misha Omar tak mahu syok sendiri untuk 'Tanpa Rela'

Biarpun berasa malu untuk berkongsi video nyanyiannya kepada umum, namun pemilik nama Samiha @ Aisah Omar ini sanggup menebal muka bagi memberi sokongan kepada Amylea.

Tapi saya selalu nyanyi lagu ni di rumah sebab suka.

MISHA OMAR

PENYANYI

"Saya sangat suka lagu ini. Melodi dan liriknya ditangani dengan baik oleh persembahan vokal Amylea yang bersahaja tapi tetap membuai perasaan dengan mendalam. Sejujurnya, saya tak suka dengar suara saya nyanyi lagu ni.

"Sebab Kendati yang merdu cemerlang dinyanyikan @amyleaazizan tu kedengaran agak tua pula ditangan saya... macam berlebih-lebihan menyanyi pun iya... entahlah. Tapi saya selalu nyanyi lagu ni di rumah sebab suka.

"Eh dilema aneh-aneh la kak Mitch ni tapi korang faham kan situasi ni. Sebenarnya, malu nak tunjuk Kendati versi kak Mitch kat korang tapi demi meraikan #amyleaterusmelangkah, kak Mitch tebalkan saja muka ni. Korang tahan la ya telinga tu," katanya.

Penyanyi lagu Tanpa Rela itu memuat naik video dia menyanyikan versi cover lagu Kendati di Instagram pada Sabtu.



Misha berkongsi video nyanyiannya di Instagram.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang memuji kemerduan suara dan vokal Misha malah Amylea juga berasa terharu dengan sokongan yang diberikan penyanyi itu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini mendoakan agar Amylea terus melangkah ke hadapan dan berharap mereka dapat bekerjasama suatu hari nanti.

"Melangkah terus ya adikku... semoga terus berjalan, berlari dan terbang sampai ke bintang. Akak doakan @amyleaazizan terus berjaya dan mudah-mudahan satu hari kita boleh kolaborasi tulis lagu sama-sama.

"La berangan pula... tak apa, setiap kejayaan semuanya bermula daripada mimpi yang dianyam dengan rapi... nikmati ya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain