suria

Zarina Zainuddin tadah air sendiri padam kebakaran belakang rumah - “Nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak”

Halaman belakang rumah Zarina Zainuddin terbakar akibat cuaca terlalu panas.

CUACA panas kebelakangan ini menyebabkan kebun di laman belakang rumah pelakon Zarina Zainuddin terbakar pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina dilihat memadam sendiri kebakaran kecil itu dengan bantuan kenalannya dikenali sebagai Bedah disebabkan risau api semakin merebak sebelum pihak bomba sempat sampai ke kediamannya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin puji Mira Filzah, tak sombong macam artis lain - “Jangan perasan bagus sangat, dekat bawah nanti baru kau nak terhegeh-hegeh”

"Saya terbau asap terbakar di belakang rumah... nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak.

"Jadi saya dengan Bedah tadah air padam kebakaran.

"Cuaca panas, rumput-rumput kering terbakar sendiri, nasib baik kami sedar dan padamkan sebelum terus melarat. Thank you my Bedah superwoman, " katanya.

Entri Zarina itu turut menarik perhatian pengikut Instagram yang kagum dengan kesungguhannya dan Bedah kerana tidak panik berhadapan situasi tersebut.

Zarina berkongsikan detik cemas kebunnya terbakar.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengharapkan Zarina akan menelefon pihak bomba sekiranya kejadian sama berlaku lagi selepas ini.

"Panggil je bomba kak, nanti dia sembur bagi tanah tu basah... takut nanti dia terbakar lagi.

Saya terbau asap terbakar di belakang rumah... nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak.

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

"Kalau jirus air sikit-sikit macam tu boleh makin menyemarakkan lagi api.

"Cuaca terlampau panas, memang akan terbakar sendiri... hati-hati ya kak," tulis netizen.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) minggu lalu, cuaca panas akan berlanjutan sehingga April ini.

Menurut MetMalaysia ia merupakan satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun.

Fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab kepada berlakunya cuaca panas seperti yang dialami sekarang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain