suria

Zarina Zainuddin puji Mira Filzah, tak sombong macam artis lain - “Jangan perasan bagus sangat, dekat bawah nanti baru kau nak terhegeh-hegeh”

Pelakon Zarina Zainuddin menasihati artis baharu agar menghormati pelakon yang lebih senior.

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa terhadap barisan artis baharu yang bersikap sombong dengan kru produksi dan pelakon yang lebih senior.

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, Zarina, 49, menasihati pendatang baharu dalam industri seni supaya lebih menghormati kru serta barisan pelakon yang lebih tua.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sukalah” - Zarina Zainuddin tepis kamera wartawan selepas didenda RM17,500

"Sebenarnya apabila shooting ni, kita satu family besar... tak boleh sombong-sombong, bawa diri.

"Jangan nak berlagak duduk dalam kereta dan tak campur orang langsung... Time makan pun tak nak campur.



Zarina kesal dengan sikap segelintir pelakon baharu yang tidak menghormati artis senior.

"Bukannya kau selamanya di atas. Satu hari nanti kalau kau dekat bawah baru kau nak terhegeh-hegeh dekat orang lain, baru nak tegur-tegur orang... Masa tu orang pun tak layan kau," ujarnya.

Dalam pada itu, Zarina turut memuji sikap pelakon terkenal Mira Filzah yang pandai membawa diri di set penggambaran dan menghormati pelakon yang lebih berpengalaman.

Pelakon filem Sejoli ini turut menyifatkan Mira sebagai seorang artis baharu yang pandai menjaga diri dan bergaul dengan semua kru yang bertugas di set penggambaran.

"Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang walaupun nama besar macam Mira Filzah... Dia pandai jaga diri, pandai hormat orang, pandai bercampur dengan orang.

Mira Filzah dipuji Zarina kerana sikapnya yang pandai menjaga diri di set penggambaran.

"Dengan orang tua-tua dia hormat. Kalau dia tahu ada pelakon lama dia yang akan cari, bukan kita yang cari dia," katanya.

Tambahnya, segelintir artis baharu yang sedang meningkat popular dinasihatkan untuk tidak bersikap sombong dengan orang sekeliling.

Zarina turut berkata mereka perlu pandai membawa diri demi nama baik sendiri jika mahu kerjaya bertahan dalam industri seni.

"Nasihat saya kepada pelakon-pelakon baharu di luar sana, jangan diva-diva sangat la.

"Jangan perasan la... Kau jangan perasan kau bagus sangat.

"Kita kena pandai bawa diri... Kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi untuk berlakon sebab tak banyak perangai dan tak banyak kerenah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zarina Zainuddin, Mira Filzah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain