suria

Mila Jirin makin gelisah tunggu berita baik nasib industri perkahwinan - “Semoga Allah permudahkan urusan kami!”

Mila berharap kerajaan memperhalusi kebenaran industri perkahwinan meneruskan operasi.

KEPUTUSAN sama ada kerajaan akan membenarkan majlis perkahwinan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal diumumkan pada Rabu ini.

Justeru itu, penyanyi yang juga merupakan pengusaha perkhidmatan perkahwinan, Mila Jirin meletakkan harapan tinggi agar kerajaan memberikan kebenaran kepada mereka memulakan operasi sepanjang tempoh PKPP ini.

Mewakili rakan industri yang lain, Mila berkata mereka akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang diperuntukkan kerajaan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri kahwin, setakat 250 orang atau lebih... keputusannya diumum Rabu ini

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang ‘bersuara’, Mila Jirin dilabel pentingkan diri

"InsyaAllah buat semua rakan industri, sama-sama kita berdoa agar pihak kerajaan memperhalusi cadangan SOP daripada kita dan memberi kebenaran untuk beroperasi semula mengikut SOP yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan.

"Saya mewakili ribuan pengusaha industri mengharapkan agar pihak kerajaan memberi kebenaran buat kami berniaga semula. Semoga Allah permudahkan urusan kami," katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Mila di Instagram.

Mila turut memuat naik rakaman sesi sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan mengenai perkembangan industri perkahwinan.

Ismail berkata kebenaran mengenai majlis kahwin itu akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa.

Ujarnya lagi, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

Mila jual kek dan durian bagi menampung gaji pekerja.

Pada 14 Jun, Mila lantang menyuarakan pandangan meminta kerajaan membenarkan industri perkahwinan komersil beroperasi menyebabkan penyanyi Mila Jirin dikecam netizen di laman sosial.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33, berkata dia menyedari ramai pihak tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

Namun tindakannya itu adalah mewakili rakan industri lain yang terkesan akibat pelaksanaan PKP berikutan penularan wabak Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mila Jirin, Ismail Sabri Yaakob

Artikel Lain