suria

MK K-Clique rasa tak layak jadi ‘role model’ tingkat prestasi pelajar SPM- “Saya percaya ada calon lain lebih baik berbanding diri sendiri”

MK K-Clique mahu menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti ke arah kebaikan.

PENYANYI rap kumpulan K-Clique, MK mahu menggunakan kedudukannya sebagai selebriti yang dikenali ramai untuk memberikan pengaruh positif kepada generasi muda.

Bersandarkan niat itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, bersetuju memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik bagi menggantikan pelakon Mira Filzah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang 'frust', MK K-Clique tayang video mesra peluk perempuan - “Saya masih solo... berkahwin tiada dalam perancangan masa terdekat”

"Saya percaya tanggungjawab itu datang dengan amanah yang besar dan murni.

"Pada mulanya ketika ditawarkan, saya pun terdetik kenapa pihak PTTI Group Sdn Bhd mengambil saya sebagai duta mereka kerana pada ketika itu saya percaya ada calon lain lebih baik berbanding diri sendiri.

MK memberikan sokongannya kepada pelajar yang sedang mengambil peperiksaan SPM pada ketika ini.

"Bagaimanapun, rezeki itu tidak pernah salah alamat dan amanah ini akan saya galas dengan sebaik mungkin," katanya kepada mStar.

MK yang mengikat kontrak selama setahun dengan pusat tuisyen tersebut berharap penglibatannya itu dapat menyumbangkan sesuatu yang positif buat peminatnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Saya percaya tanggungjawab itu datang dengan amanah yang besar dan murni.

MK K-CLIQUE

PENYANYI RAP

"Saya 'dirisik' sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.

"Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik Covid-19 ini.

"Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang bolehkan PTTI dengan generasi masa kini terutama pelajar SPM," katanya.

Lagu Ciao nyanyian bersama MK, Joe Flizzow dan Jay Park mendapat sambutan peminat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, MK kini sibuk mempromosikan lagu Ciao hasil kolaborasi bersama Joe Flizzow dan penyanyi rap antarabangsa terkenal, Jay Park.

Sejak dilancarkan pada 22 Januari lalu, muzik video single tersebut telah meraih lebih tiga juta jumlah tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain