suria

Fian Ali akhirnya buat ‘comeback’, lebih senang guna pengaruh ibu - “Rugi tak guna peluang tunjuk bakat yang ada”

Fian bersyukur terima sokongan daripada ibu (gambar kiri) dan adiknya yang juga pelakon Wanna Ali (kanan)

PENYANYI Fian Ali mengakui populariti dan pengaruh ibunya yang juga penerbit terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh membantu membuka jalan untuk dia dan adik, Alif Ali memulakan langkah dalam bidang seni.

Bersyukur dengan peluang yang diberi, Fian atau nama sebenar Mohd Sufian Mohd Ali, 25, berkata dia akan menggunakan pengaruh ibunya itu sebaik-baiknya dalam mencipta nama sebagai anak seni.

"Saya setuju peluang kami agak mudah apabila ibu kami adalah seorang penerbit... tak semua orang dapat peluang macam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip cinta dengan Hun Haqeem? Ayu Puteh sedar ramai artis nak ‘try’ Wanna Ali - “Ramai gilakan dia tapi zaman sekarang no money no cinta!”

"Alhamdulillah ada rezeki kami di sini... rugi kalau tak gunakan sebaik mungkin dan sekarang ini merupakan peluang untuk kita berkarya dan tunjuk bakat yang ada.

"Selama mana peminat sokong, kita akan teruskan sampai bila-bila. Apa-apa pun kami yakin dengan bakat yang ada dan akan terus buat yang terbaik," katanya kepada mStar.

Ayu Puteh (duduk tengah) bersama suami Aiman Ismail (duduk, bersongkok) dan anak-anak mereka.

Fian berkata demikian semasa pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Ala Shayang yang diadakan secara maya, pada Jumaat.

Selain Fian, adiknya iaitu Alif, 16, turut tampil dengan single baharu berjudul My Boo.

Sementara itu, penyanyi lagu Semakin Benci Semakin Rindu ini berkata keputusannya untuk menceburi bidang nyanyian mendapat sokongan penuh daripada Ayu dan ahli keluarga lain termasuk adiknya yang juga pelakon Wanna Ali.

Saya syukur dapat keluarga yang memang saling menyokong antara satu sama lain.

FIAN ALI

PENYANYI

"Mama okey apabila tahu saya dan adik memilih bidang nyanyian. Mama minta saya teruskan dan jangan mudah putus asa. Dia sentiasa menyokong apa jua pilihan dan minat kami.

"Saya syukur dapat keluarga yang memang saling menyokong antara satu sama lain.

"Bagi saya berada dalam industri hiburan ini memberi ruang untuk kami jadikan sebagai platform perniagaan dan sebagainya. InsyaAllah kami adik-beradik akan buat yang terbaik," ujarnya.

Alif Ali tampil dengan single pertama berjudul My Boo.

Bercakap mengenai lagu Ala Shayang, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini berkata ia merupakan buah tangan terbaharu untuk peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya sejak tahun 2016.

"Tidak dinafikan ramai yang bertanya mengenai comeback saya dalam bidang nyanyian walaupun sebelum ini hanya ada satu single. Namun saya sangat bersyukur kerana nyanyian saya dapat diterima semua.

"Saya melihat lagu ini sebagai satu platform untuk kembali mengambil hati peminat yang selama ini menyokong pertama saya Semakin Benci Semakin Rindu.

"Walaupun muziknya berbeza tetapi ianya sesuatu yang lebih baharu untuk tahun 2021 dan memberi kelainan daripada sisi saya sebelum ini," katanya.

Ala Shayang sudah pun berada di saluran YouTube Indigital Music sejak 19 Februari lalu dan boleh didengar menerusi semua platform digital.

Manakala My Boo nyanyian Alif pula dilancarkan melalui YouTube Indigital Music pada malam Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain