suria

Ramai yang 'frust', MK K-Clique tayang video mesra peluk perempuan - “Saya masih solo... berkahwin tiada dalam perancangan masa terdekat”

Video MK memeluk kakaknya menjadi perbualan peminat.

PENYANYI rap, MK daripada kumpulan K-Clique berkata dia tiada niat mahu mempermainkan perasaan peminat apabila video aksi mesranya sedang berpeluk dengan seorang wanita menjadi perhatian di laman sosial baru-baru ini.

Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, video yang dikongsikannya itu adalah sekadar usikan untuk menghiburkan peminatnya.

Di hujung video tersebut, MK menjelaskan wanita yang dipeluk itu merupakan kakak kandungnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 kontroversi

"Saya tak sangka video itu akan jadi trending... Saya memang masukkan aksi peluk itu untuk jadikan video itu kelihatan sedikit menarik.

"Video itu saya hasilkan bukan nak buat gimik ke apa, kalau saya nak buat gimik saya tidak akan beritahu yang itu kakak saya.

MK antara penyanyi generasi baharu yang digilai ramai peminat wanita.

"Saya memang sengaja berkongsikan video itu untuk menghiburkan orang dan Alhamdulillah saya dapat komen-komen yang baik sahaja daripada peminat," katanya ketika dihubungi mStar.

Mengakui masih solo sejak putus cinta tahun lalu, MK berkata mendirikan rumah tangga bukanlah keutamaannya pada ketika ini.

Video itu saya hasilkan bukan nak buat gimik ke apa, kalau saya nak buat gimik saya tidak akan beritahu yang itu kakak saya.

MK K-CLIQUE

PENYANYI

"Saya masih solo, sekarang fokus hanyalah untuk diri sendiri dan keluarga sahaja selain kerjaya seni saya.

"Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri tiada dalam perancangan terdekat saya. Sebaliknya, saya sekarang lebih kepada nak bermuhasabah diri dengan mempelajari apa-apa perkara baharu yang dapat menjadikan diri saya lebih baik daripada sebelum ini.

"Soal jodoh semua ini kerja Allah SWT, kita serahkan semua mengikut perancangan-Nya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, MK kini tampil dengan single terbaharu berjudul Ciao hasil kolaborasi bersama rapper Joe Flizzow dan penyanyi antarabangsa, Jay Park.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain