Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 kontroversi - Hiburan | mStar

Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 kontroversi

MK berjaya meraih populariti kurang dari tempoh setahun bergelar artis.

BIARPUN baru setahun menempa nama dalam industri muzik arus perdana, MK daripada kumpulan K-Clique sering menjadi tumpuan ramai khususnya buat para gadis.

Malah, MK juga dilihat lebih menyerlah apabila acapkali menerima publisiti di muka hadapan media berbanding anggota kumpulannya yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan setiap lagu nak melucah, MK K-Clique kata mereka buat lirik ikut selera pendengar

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice pun 2x5 pakai emas, beri masa 5 tahun untuk MK K-Clique berubah - “Semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar”

Selain bakat menyanyikan lagu rap dengan baik, jejaka berusia 24 tahun dan berasal dari Sabah ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan dirinya.

Bagaimanapun MK dilihat sentiasa tenang dan tidak mudah melatah meskipun dilanda dengan pelbagai isu.

MK sering menjadi perhatian para gadis berbanding anggota kumpulan k-Clique yang lain.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berjinak-jinak dengan muzik hip hop dan mula bertapak dengan komuniti muzik underground  sejak zaman persekolahan lagi. Memulakan karier secara serius selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah dalam jurusan Pengajian Perniagaan.

MK Merupakan salah seorang daripada tujuh orang anggota K-Clique iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Populariti yang diraih menyebabkan dia terpalit beberapa siri kontroversi membabitkan dirinya. 

1. Ia bermula dengan isu dicium wanita ketika wefie bersama peminat.

Menerusi video yang tersebar, MK dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar bersamanya sebelum salah seorang daripada mereka melakukan aksi diluar kawalan.

Peminat MK sebelum ini pernah mempersoalkan mengenai status sebenarnya penyanyi itu.

2. Ia kemudiannya disusuli dengan khabar angin membabitkan statusnya yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga. MK bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka dan menerima ketentuan takdir dalam hal berkaitan jodoh.

3. Seterusnya MK diasak dengan pelbagai tindakan keterlaluan apabila dia sekali lagi terpalit kontroversi dimana peminatnya membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain memberi isyarat lucah ketika membuat persembahan di Sandakan, Sabah pada November tahun lalu.

4. Isu muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu yang didakwa berunsur lucah gara-gara lirik double meaning yang digunakan mereka di dalam lagu-lagunya.

Tidak melatah, MK berkata, ia terpulang kepada peminat untuk membuat tafsiran mengenai lirik berkenaan. Kata MK, setiap lagu yang dicipta itu juga dibuat berdasarkan minat pendengar.

5. Terbaharu, isu mengaitkan MK yang memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas yang hangat diperkatakan netizen.

Ia gara-gara kenyataannya sebelum ini yang melanggar hukum agama kerana minat terhadap barangan perhiasan itu.

MK , K-Clique

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain