Caprice pun 2x5 pakai emas, beri masa 5 tahun untuk MK K-Clique berubah - “Semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar”

Caprise mengambil masa sehingga 10 tahun untuk membuka rantai dan jam emas miliknya.

ISU MK daripada kumpulan K-Clique memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas semakin hangat diperkatakan netizen.

Susulan itu penyanyi rap Caprice tampil berkongsi pengalaman peribadi memakai perhiasan untuk wanita itu sebagai elemen dalam budaya hip-hop.

Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, dia hanya sedar dan faham mengenai hukum lelaki memakai barangan emas selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice jumpa pelesit terbakar dengan rambut... “Aku akan cari sampai lubang cacing, orang macam ni dah tak ada agama”

ARTIKEL BERKAITAN: MK disuruh berhenti jadi rapper... “Kami tak pernah kacau orang, belum pernah sentuh sesiapa”

"Caprice sangat faham dengan dunia hip-hop ni sebab pernah melalui jalan yang sama.

"Abang baharu saja 'cuci tangan'... saya terpaksa ambil masa 10 tahun untuk buka rantai dan jam emas Rolex.

Penampilan MK memakai barangan kemas menjadi tumpuan netizen.

"Selepas umrah baharu saya buka rantai. Saya tahu ia haram... semua orang cakap ia haram tapi saya tak pernah dengar (teguran dan nasihat)," ujarnya.

Bagaimanapun kata Caprice, meskipun dia sudah 'cuci tangan' namun ia tidak bermakna dia harus memaksa anggota kumpulan K-Clique itu untuk berubah serta-merta.

Menurut Caprice, MK perlu diberi masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk dia meninggalkan perbuatan yang salah di sisi agama itu.

"Sebagai abang saya selalu bersama dan akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk menasihati mereka.

"Sebagai seseorang yang dah 'cuci tangan', tak bermakna saya kena paksa adik. Kita tak boleh langgar hukum dalam Islam.

Memang tak boleh langgar pun hukum-hukum agama jadi saya minta maaf. Yang jahat jangan ikut... ikut yang baik sahaja.

MK K-Clique

PENYANYI RAP

"Saya tahu tanggungjawab untuk beri nasihat, sekurang-kurangnya saya perlu beri dia tempoh lima tahun untuk dia jadi lebih baik," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, penyanyi MK K-Clique menerusi video yang dihantar kepada Caprice membuat permohonan maaf atas kenyataannya yang melanggar hukum agama kerana minat terhadap barang perhiasan itu.

"Mengenai isu langgar itu saya minta maaf. Perkataan itu salah jadi saya minta maaf.

"Memang tak boleh langgar pun hukum-hukum agama jadi saya minta maaf.

"Yang jahat jangan ikut... ikut yang baik sahaja," ujarnya ringkas.

Caprise, MK K-Clique, rantai emas

Artikel Berkaitan

Artikel Lain