suria

Wany Hasrita mahu keluar dari kepompong, lancar single rancak dan menari di MV - “Saya akan jaga batas sebagai wanita berhijab”

Wany bakal tampil dengan lagu rancak tidak lama lagi.

BIARPUN mahu keluar dari zon selesa dengan menampilkan lagu rancak untuk single baharunya, penyanyi Wany Hasrita tetap akan menjaga imej sebagai muslimah.

Wany, 28, berkata, dia juga berkemungkinan akan menari dalam video klip lagu terbaharunya yang akan menjalani penggambaraan pada April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita bawa ibu dan keluarga tunai umrah - “Walaupun teruja... tapi dalam masa sama ada rasa risau”

"Insya-Allah dalam perancangan saya akan melancarkan sebuah lagu baharu yang rancak dan buat masa sekarang tajuknya adalah Canggung.

Wany sudah bersedia menerima pendapat dan kritikan netizen.

"Bila nak keluar lagu itu tak tahu lagi tapi dah habis rakaman. Mungkin dalam sekitar April saya akan rakam muzik video.

"Lagu itu memang berbeza dengan sebelum ini sebab saya nak keluar dari kepompong. Mungkin saya akan menari dalam video klip.

"Walaupun ada menari tapi saya masih berjaga-jaga. Kita faham mesti nanti ada yang tak elok di mata orang tapi saya akan terima saja pendapat mereka," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, lagu-lagu nyanyian Bintang Paling Popular ABPBH31 ini hanya bergenre belada dan irama Melayu antaranya Menahan Rindu dan Ewah Ewah.

Sebenarnya untuk lakonan saya tak ada letak syarat, tapi pihak produksi mesti kena tahu batas-batas seorang wanita berhijab

WANY HASRITA

PENYANYI

Dalam pada itu, Wany memberitahu dia teringin untuk menceburi semua bidang memandangkan tahun lalu hanya fokus pada nyanyian.

"Kalau diberi kesempatan dan peluang, memang saya nak cuba semua bidang. Tahun lalu saya dapat tawaran untuk mengacara tapi terpaksa tolak.

"Sebab memang nak fokus pada nyanyian sahaja. Bila tengok orang berlakon, rasa rindu pula. Kalau ada peluang, saya nak cuba buat sebaik yang mungkin.

Wany rindu nak berlakon.

"Sebenarnya untuk lakonan saya tak ada letak syarat, tapi pihak produksi mesti kena tahu batas-batas seorang wanita berhijab," ujarnya.

Wany sebelum ini pernah mengacarakan program Sembang Sahur bersama pelawak Issey Titan pada 2018.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini juga pernah memegang watak utama menerusi drama Tergantung Rindu (2018) dan Cerita Raya Luar Biasa (2019).

Wany Hasrita

Artikel Lain