“Tekanan darah saya turun, naik...” - Eyra Hazali disangka hamil gara-gara foto di hospital

Netizen membuat andaian Eyra sedang hamil selepas melihat fotonya terlantar sakit.

PELAKON Eyra Hazali menafikan khabar angin dirinya kini sedang hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Penjaga Gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, dia mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan darah tidak stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat hari bergelar isteri, Eyra Hazali reda suami dipanggil sertai latihan Harimau Malaya - “Tak sedihlah, itu rezeki lepas kahwin”

"Kalau betul saya hamil, Alhamdulillah tapi belum ada rezeki lagi buat masa ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Eyra dan suaminya belum merancang untuk mendapatkan zuriat.

"Saya dimasukkan wad baru-baru ini disebabkan dehidrasi dan tekanan darah saya turun, naik... bukannya disebabkan tengah mengandung.

"Tapi saya hanya dimasukkan ke wad untuk satu hari sahaja," kata Eyra kepada mStar.

Eyra diminta mengulas mengenai foto dia terlantar sakit di wad yang dimuat naik suaminya baru-baru ini.

Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua.

EYRA HAZALI

PELAKON

Tanpa meletakkan sebarang info, rata-rata netizen membuat andaian aktres itu mengalami masalah kesihatan disebabkan sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini memberitahu dia akan berkongsi kepada semua peminat jika dirinya benar-benar hamil.

Eyra berkata, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.

Pasangan ini berkahwin pada 1 November lalu.

"Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua. Doakan yang baik-baik ya.

"Buat masa sekarang, saya dah suami tak ada sebarang perancangan lagi dalam soal anak. Kami memang berserah pada Allah," ujarnya.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur. 

Eyra Hazali, Haziq Nadzli

Artikel Lain