Empat hari bergelar isteri, Eyra Hazali reda suami dipanggil sertai latihan Harimau Malaya - “Tak sedihlah, itu rezeki lepas kahwin” - Hiburan | mStar

Empat hari bergelar isteri, Eyra Hazali reda suami dipanggil sertai latihan Harimau Malaya - “Tak sedihlah, itu rezeki lepas kahwin”

Eyra anggap rezeki selepas kahwin suami tersenarai ke skuad Harimau Malaya.

BARU empat hari mendirikan rumah tangga, suami kepada pelakon Eyra Hazali iaitu penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Selasa.

Bagaimanapun pemilik nama Hazirah Qasdina Hazali, 20, berkata, dia tidak berasa sedih malah berbangga apabila suaminya tersenarai ke skuad Harimau Malaya untuk persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: “Banyak dugaan, lokasi nikah ditukar dua kali” - Eyra Hazali akhirnya bergelar isteri penjaga gol Haziq Nadzli

"Saya okey saja sebab sebelum kahwin lagi dia dah beritahu minta saya sentiasa bersiap sedia.

Eyra dan suami belum ada perancangan untuk berbulan madu.

"Alhamdulillah dia dapat rezeki lagi besar dengan sertai skuad Harimau Malaya. Nak cakap saya sedih, tak pun sebab dia masih dengan saya.

"Lagipun saya anggap itu rezeki kahwin dan dia juga dapat memperbaiki lagi kerjayanya," kata Eyra ketika dihubungi mStar.

Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil Haziq, 21, yang juga merupakan penjaga gol skuad Bawah-23 Tahun negara untuk melaporkan diri ke kem latihan pada Selasa bagi menggantikan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Eyra dan pasangan pilihannya itu disatukan dalam sebuah majlis bersederhana di Masjid As Syakirin, KLCC kira-kira pukul 9.35 malam, Jumaat lalu.

Tidak boleh pegang tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak galakkan saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung.

EYRA HAZALI

Pelakon

Tambah Eyra, dia belum ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan jadual suaminya tidak tentu namun ada beberapa lokasi sudah menarik perhatiannya.

"Untuk bulan madu memang tak rancang lagi sebab pemain bola sepak kita tak boleh jangka masa cuti dan kerja, macam sekarang ini tiba-tiba jurulatih dah panggil.

"Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi dia masa rehat dahulu," ujarnya.

Dalam pada itu, biarpun sudah berkahwin namun Eyra berkata dia masih dibenarkan untuk berlakon dengan beberapa syarat.

Eyra dan suami bersama kedua-dua belah keluarga mereka.

"Saya masih berlakon macam biasa cuma Haziq ada letak beberapa syarat antaranya kena tahu batas seorang isteri.

"Tidak boleh pegang tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung.

"Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik," katanya.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain