Izzue Islam terima tawaran Tunku Azizah dapatkan rawatan IVF - “Baginda ikut perkembangan dan mahu bantu saya” - Hiburan | mStar

Izzue Islam terima tawaran Tunku Azizah dapatkan rawatan IVF - “Baginda ikut perkembangan dan mahu bantu saya”

Izzue terkejut baginda tawarkan pertolongan untuk dia dan isteri dapatkan zuriat.

PELAKON Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat.

Menurut pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, dia menerima tawaran itu ketika bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas habis pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak anggap isteri biadab” - Izzue Islam minta hormat kehidupan rumah tangganya

"Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.

Izzue dan Awin masih belum dikurniakan anak selepas tujuh tahun berkahwin.

"Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu, memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

"Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja," katanya kepada mStar.

Izzue ditemui ketika sesi Meet & Greet duta Aura White Toothpaste X Guardian di Guardian IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang diasaskan baginda menawarkan penajaan pasangan yang terpilih untuk rawatan IVF di salah sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.

Izzue rancang bertemu Tunku Azizah pada awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Forteen ini memberitahu dia belum berkesempatan untuk bertemu dengan Tunku Azizah disebabkan jadual kerja yang padat.

"Sehingga kini, saya belum lagi bertemu dengan baginda untuk peringkat seterusnya. Sebab tak ada masa yang sesuai memandangkan saya tengah sibuk penggambaran sebuah drama.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin habis saja penggambaran ini dalam sekitar awal tahun hadapan saya akan berjumpa dengan baginda," ujarnya.

Izzue dan isterinya, Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin berkahwin pada 2 Jun 2013 namun sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut