Hampir cetus pergaduhan, penonton tunjuk 'jari tengah' ketika persembahan MK K-Clique - “Lelaki itu cuba provoke tapi saya tak layan” - Hiburan | mStar

Hampir cetus pergaduhan, penonton tunjuk 'jari tengah' ketika persembahan MK K-Clique - “Lelaki itu cuba provoke tapi saya tak layan”

MK anggap provokasi yang dilakukan penonton semasa membuat persembahan hanyalah perkara biasa.

TINDAKAN seorang penonton membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK semasa persembahan di Sandakan, Sabah baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di laman sosial.

MK bagaimanapun berkata, provokasi dan tindakan luar kawalan yang dilakukan oleh beberapa individu itu merupakan perkara biasa dan beranggapan ia masih lagi dalam keadaan terkawal.

"Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu hanyalah salah faham dan mungkin lelaki itu ada rasa kurang senang dengan kami. Semasa saya sedang buat persembahan lagi dia dah mula provoke dengan menunjuk jari tengah... tapi saya tak layan!

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dicium peminat ketika 'wefie', netizen kesal wanita hilang sikap malu

ARTIKEL BERKAITAN: “Jodoh itu di tangan Allah dan kalau ada, semua perancangan dipermudahkan” - MK K-Clique ditanya siapa 'Mira Filzah' di hatinya

"Selepas persembahan, ada sesi meet and greet bersama peminat dan lelaki itu masih membuat provokasi berterusan sehingga terpaksa campur tangan penganjur. 

"Alhamdulillah, semuanya terkawal dan tak ada kejadian tidak diingini berlaku dan pihak penganjur juga menjalankan tugas dengan baik bagi meredakan keadaan," katanya kepada mStar.

Seorang pengguna Facebook berkongsi rakaman video provokasi yang dilakukan oleh penonton semasa persembahan MK.

Menerusi laman Facebook, tular rakaman video seorang lelaki melakukan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah semasa MK sedang membuat persembahan pentas.

Sejurus berakhirnya persembahan, individu itu terus mengeluarkan kata-kata kesat sehingga situasi menjadi tegang dan memerlukan campur tangan pihak penganjur.

Tak boleh terikut-ikut dengan emosi. Kalau ada benda boleh dielakkan, kita cuba elakkan kerana tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga merugikan banyak pihak!

MK K-CLIQUE

PENYANYI

Penyanyi berusia 23 tahun itu terpaksa diiringi memasuki kenderaan bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan.

Video berdurasi 20 saat itu telah dimuat naik oleh seorang peminat sehingga ia tular di laman tersebut.

Provokasi daripada penonton bukanlah perkara baru yang dilalui oleh MK.

Meskipun diasak dengan pelbagai tindakan keterlaluan daripada segelintir penonton, MK berkata ia sama sekali tidak melemahkan semangatnya untuk terus menghiburkan peminat.

"Kejadian itu bukan pertama kali, sebelum ini pun ada! Dalam hal ini, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya dibayar untuk buat persembahan dan perlu beri komitmen sepenuhnya terhadap kerja.

"Saya hanya mahu memberikan yang terbaik untuk penonton dan peminat, apabila saya menyanyi di atas pentas itu adalah pekerjaan dan kena buat bersungguh-sungguh.

"Tak boleh terikut-ikut dengan emosi. Kalau ada benda boleh dielakkan, kita cuba elakkan kerana tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga merugikan banyak pihak," ujarnya.

MK , K-Clique

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain