MK K-Clique dicium peminat ketika 'wefie', netizen kesal wanita hilang sikap malu

MK terkejut apabila secara tiba-tiba dicium oleh salah seorang wanita yang sedang bergambar dengannya.

TINDAKAN seorang wanita yang secara tiba-tiba bertindak berani mencium penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK menjadi perhatian di laman sosial.

Menerusi sebuah video yang tersebar, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 27, dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar sebelum salah seorang daripada mereka melakukan aksi luar kawalan.

ARTIKEL BERKENAAN:  MK disuruh berhenti jadi rapper... “Kami tak pernah kacau orang, belum pernah sentuh sesiapa”

Penyanyi lagu Mimpi itu kelihatan terkejut dan tidak selesa dengan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, MK menganggap perkara itu bukan sesuatu yang serius dan wanita itu sudah menghubunginya untuk meminta maaf.

"Perkara ini bukan serius sangat pun, wanita itu sudah sedar dia buat silap dan hubungi team saya untuk minta maaf.

"Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan," ujarnya kepada mStar.

Dia juga meminta individu yang bertanggungjawab memadam video berkenaan daripada terus disebarkan di media sosial.

Wanita itu sudah sedar dia buat silap dan hubungi team saya untuk minta maaf.

MK K-CLIQUE

Penyanyi

Video berdurasi lapan minit itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram pada Sabtu dan mendapat lebih 60,000 ribu tontonan.

Beberapa netizen meluahkan rasa kesal dan marah terhadap wanita yang mencium MK.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan mengecam tindakan wanita terbabit.

"Murahnya kamu perempuan, si rapper yang jelas tak suka kamu.

"Perempuan murah, senang pegang orang lain kalau dia ada maruah mesti dia respect @hairiwhuut tapi dekat sini terbalik @hairiwhuut respect perempuan," tulis beberapa netizen.

MK K-Clique, dicium

Artikel Berkaitan

Artikel Lain