Adakah Noor Nabila derhaka terhadap suami? Sharnaaz failkan pula permohonan nusyuz

DRAMA kisah rumah tangga Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya iaitu Noor Nabila Mohd. Noor.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, dia bertindak sedemikian kerana ingin memperbetulkan spekulasi yang sedang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kahwin elok, nak cerai gaduh-gaduh kata Sharnaaz! Nabila pula menangis demi Jebat

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila

Selain itu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini juga mahu menyelesaikan isu antara dia dan isteri dengan cara yang terbaik tanpa perlu ada perbalahan.

Sharnaaz fail nusyuz terhadap Nabila.

“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” kata Sharnaaz kepada mStar.

Nusyuz membawa maksud seseorang isteri itu ingkar terhadap perintah suami.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin, Sharnaaz dan Nabila hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Noor Nabila mengesahkan menerima tuntutan permohonan daripada plaintif pada 22 September lalu.

Berikutan itu Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 6 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum ini, Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 27 Ogos lalu.

Nabila hadir bersama ibu dan bapanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka manakala Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

Kata Sharnaaz, dia memilih Sherrini sebagai wakil JKP disebabkan kakaknya itu lebih mengenali dan memahaminya.

“Saya pilih kakak sebab saya rasa, dia lebih kenal dan memahami saya selain senang untuk berbincang,” ujarnya.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan semula kes nusyuz bagi hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu JKP dibentuk selepas Sharnaaz enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan kedua-dua pihak bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain