suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Banyak dugaan, lokasi nikah ditukar dua kali” - Eyra Hazali akhirnya bergelar isteri penjaga gol Haziq Nadzli

PELAKON Eyra Hazali selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihannya yang juga penjaga gol pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Haziq Nadzli dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Eyra dan Haziq, 21, disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 9.35 malam di Masjid As Syakirin, KLCC.

ARTIKEL BERKAITAN: Status tunangan penjaga gol, Eyra Hazali mahu 'kunci mulut' dahulu

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar.

Majlis nikah Eyra dan suami Haziq berjalan lancar.

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 20, menerima mas kahwin sebanyak RM3,001, manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

"Alhamdulillah... majlis berjalan lancar. Jujurnya saya gementar namun Allah permudahkan urusan kami.

"Banyak juga dugaan yang kami lalui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan termasuklah tempat nikah. Sampaikan masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar," katanya kepada mStar.

Pelakon yang terkenal dengan drama Mr. Grey itu menerima sembilan dulang hantaran dibalas 11 dulang kepada pihak lelaki.Lebih menarik, Eyra mengenakan persalinan berwarna putih hasil rekaannya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Qhuzie Johari.

Majlis turut dihadiri saudara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi akan diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana pada Ahad ini.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Disember lalu.

Eyra Hazali

Artikel Lain