suria

Tahniah! Drama 'Di Sisi' terbitan RTM menang besar ASK2019

Drama 'Di Sisi' rangkul anugerah utama ASK2019.

DRAMA Di Sisi terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Lalang, Sirna, Telingkah dan Titi Kayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam pasangan selebriti popular jadi hos ASK2019

Pengarah drama tersebut iaitu Wan Afzam Wan Duad turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik (Drama).

Selain dua kategori itu, drama ini turut membawa pulang trofi Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon Layar TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Namron bersama dua orang anak Allahyarham Pitt Hanif membawa pulang trofi Lakon Layar Terbaik.

Manakala lakonan mantap pelakon Nabila Huda menerusi drama Dia Tidak Berdosa berjaya mengangkatnya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi Faizal Hussien (Samad Tedung).

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu menjadi milik Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd) manakala pelakon utama Datuk Fizz Fairuz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Pelakon Zara Zya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Pia.

Bagi kategori filem pula, karya terbitan Pixel Play Entertainment berjudul One Two Jaga pula dipilih sebagai pemenang Filem Terbaik.

Zara Zya menang kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian dan Fizz Fairuz bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Filem ini turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Dr. Rosdeen Suboh dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem yang dimenangi oleh Zahiril Adzim.

Pengarah Terbaik Filem pula dimenangi oleh Mamat Khalid menerusi filem Hantu Kak Limah.

Trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menjadi milik Datin Diana Danielle menerusi filem Gol & Gincu Vol.2

Edisi ke-23 tidak menampilkan hos utama sebaliknya diserikan oleh enam penyampai anugerah dibarisi oleh Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin, serta Elly Mazlein dan Shuk.

Drama Kamar Kamariah diangkat sebagai Drama Rantaian Terbaik ASK2019.

Pada acara itu juga turut menyaksikan persembahan daripada pasangan duo popular masa kini seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, Syamel dan Ernie Zakri, serta Santesh dan Ayda Jebat.

Tidak ketinggalan, penampilan Andi Bernadee, sketsa komedi daripada Ebby Yus, Issey dan Zizi Kirana, persembahan silap mata The MADgicians dan tarian oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae.

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi  (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi) 

3. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)

4. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)

5. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussien (Samad Tedung)

6. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)

8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama -  Amyza Aznan (Batik Zakiah)

9. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)

10. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd)

11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah) 

12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)

13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)

14. Videografi Drama Terbaik -Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

15. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers

16. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power

17. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin & Zerry Fancis)

18. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Istimewa Deepavali) Intan Noorbaizura & Thayalan Krishna

19. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat - Kampung Sampah) Khairul Rizuan Azizan & Khairul Azwan Khalid

20. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0) Ellia Norni Elias & Rashidah Ali

21. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid & Hamsiah Biri)

22. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi & Mohd.  Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)

23. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan And Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)

24. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

25. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)

26. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

27. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

28. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Datin Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)

29. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)

30. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)

ASK2019, Di Sisi, One Two Jaga

Artikel Lain