Janna Nick digoda suami orang, ajak dating sambil pimpin tangan - “Awak kena pakai niqab supaya peminat tak ganggu” - Hiburan | mStar

Janna Nick digoda suami orang, ajak dating sambil pimpin tangan - “Awak kena pakai niqab supaya peminat tak ganggu”

Janna tidak berniat mengaibkan lelaki tersebut.

PELAKON Janna Nick tidak menyangka tindakannya berkongsi kiriman mesej peribadi (DM) yang dihantar seorang lelaki di Instagram telah membongkar status pengirim tersebut.

Menurut Janna, awalnya dia hanya berkongsi paparan skrin itu kerana terhibur dengan mesej yang dihantar, namun lain pula berlaku apabila lelaki berkenaan meminta dia memadam muat naik tersebut kerana bimbang diketahui oleh isteri.

"Saya bukan nak aibkan lelaki itu, cuma bila dia cakap jari saya gempal tu saya rasa kelakar... bila benda kelakar saya rasa nak kongsi dengan orang yang tengok Instastory saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sikap penyayang, lembut dan baik hati buat saya tertarik” - Dini bawa Janna Nick jumpa ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja - “Dia cabar... saya buat dan kami bertukar nombor telefon”

"Tapi bila dah post dia suruh padam sebab takut bini baca dan tukar nama serta gambar profil.

"Jadi sekarang ni salah siapa? Salah sayakah sebab tunjuk DM dia atau salah dia sebab dah kahwin tapi masih nak DM perempuan lain," katanya.

Janna berkongsi mesej peribadi yang dihantar seorang lelaki di Instastory.

Sebelum itu, Janna berkongsi paparan skrin mesej gangguan yang diterima daripada seorang lelaki di laman Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun, lelaki tersebut memohon perkongsian itu dipadam segera.

"Adoi awak ni. Tak naklah kawan awak dah, padam lah. Bini saya tahu nanti mati saya.

Janna kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Dini.

"Tolonglah padam Janna, saya merayu dekat awak," tulis lelaki itu.

Sementara itu, teman wanita kepada aktor Dini Azan Schatzmann ini turut menasihati mereka yang sudah bergelar suami supaya menjaga hati pasangan masing-masing.

"Ramai je lelaki yang DM tapi tak tahu kalau mereka itu laki orang ke tak! Cuma saya tak pernah layan pun.

"Cuma nak ingatkan kau orang yang dah berumah tangga ni cubalah jaga hati isteri tu. Penat mereka beranak, jaga makan dan pakai tapi kau menggatal pula dengan perempuan lain," ujarnya.

Janna Nick

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain