Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja - “Dia cabar... saya buat dan kami bertukar nombor telefon” - Hiburan | mStar

Arslan sahut cabaran lamar Janna Nick ketika siaran langsung, peminat pula teruja - “Dia cabar... saya buat dan kami bertukar nombor telefon”

Arslan hanya menyahut cabaran pengacara Melodi iaitu Janna Nick.

TINDAKAN berani pelakon berasal dari Pakistan iaitu Arslan Asad Butt melamar aktres Janna Nick secara langsung semasa program hiburan Melodi (TV3), Ahad lalu menarik perhatian penonton.

Menjelaskan situasi yang berlaku, Arslan, 26, berkata tindakan spontannya itu hanyalah sekadar gurauan bagi menyahut cabaran pengacara tersebut.

"Semasa itu saya di set program Melodi di karnival Jom Heboh, Melaka dan Janna sendiri cabar saya untuk melamar dia secara langsung dan saya buat! Sebenarnya itu hanya gurauan dan janganlah ambil serius.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelakon sibuk tanya bayaran, pengarah pula tak baca skrip!” - Penerbit Haji Zeel tanggung rugi drama tak menjadi

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel pengacara gedik, Janna Nick terima segala kritikan

"Selepas berakhirnya program itu kami tak sempat nak berborak panjang, namun sempat bertukar nombor telefon.

"Sehari kemudian saya ada mesej Janna melalui Whatsapp dan beritahu mengenai video klip 'lamaran' tersebut yang tular di media sosial dan kami rasa ia sesuatu yang kelakar," katanya kepada mStar.

Arslan berini cuba nasib lamar Janna ketika siaran langsung Ajak Shiro dan penonton.

Arslan ditemui semasa sesi meet & greet bersama barisan pelakon drama Sara Sajeeda yang diadakan Brunch & Brasserie, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada Ahad lalu, Arslan diundang ke set Melodi bagi mempromosikan drama tersebut yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda (TV3).

Tiz sangat hebat, dia ajar saya memahami bahasa Melayu dan kami berkongsi banyak perkara di set penggambaran!

ARSLAN ASAD BUTT

Pelakon

Semasa sesi temuramah bersama aktor tersebut, Janna bertanyakan mengenai teman wanita dan mencabar Arslan melamarnya untuk dijadikan isteri.

Reaksi spontan Arslan itu mengejutkan Janna termasuklah seorang lagi pengacara Melodi iaitu Ajak Shiro.

Arslan mengagumi bakat Tiz Zaqyah.

Sementara itu, bercakap mengenai drama Sara Sajeeda, Arslan berkata dia teruja apabila dapat bergandingan bersama Tiz Zaqyah dan mengakui kagum dengan bakat aktres tersebut.

"Tiz sangat hebat, dia ajar saya memahami bahasa Melayu dan kami berkongsi banyak perkara di set penggambaran. Kita saling bantu-membantu.

"Sejujurnya sebelum penggambaran drama ini saya tak kenal siapa itu Tiz Zaqyah, malah tak pernah tengok gambar dia sehinggalah kami bertemu di lokasi.

Arslan dan Tiz saling berkongsi ilmu mengenai drama, bahasa dan budaya.

"Pertama kali berjumpa di set, rupanya dia seorang wanita yang sangat cantik, menyenangkan dan mudah bekerjasama," ujarnya.

Selain Arslan dan Tiz, drama Sara Sajeeda turut menampilkan Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Haliza Misbun, Mas Anizan, Uyaina Arshad dan Alif Muhaimin.

Drama terbitan Zeel Production itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain