“Bertaubatlah... Ini mengenai akidah!” - Azza, Yatt Hamzah dan Harith Iskander tegur aksi posing di perkuburan, tidak guna akal!

Harith tak bersetuju jurukamera pilih tanah perkuburan sebagai lokasi penggambaran.

PELAWAK Harith Iskander menyifatkan tindakan jurukamera dan model yang melakukan sesi penggambaran berkonsepkan perkahwinan di tanah perkuburan bukan Islam sebagai tidak menggunakan akal. 

Pemilik nama Harith Iskander Musa, 53, berpendapat bahawa setiap manusia perlulah mempunyai tahap pengetahuan praktikal yang paling asas dan menggunakan akal dalam kehidupan seharian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berbaju songket posing di tanah perkuburan, pemilik butik akui kesilapan – “Saya hanya mahu ambil gambar ‘rare’, kubur-kubur mereka pun nampak cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi ni? Harith Iskander jadi bahan ketawa, salah faham kempen produk Muslim

"Saya rasa common sense memang lacking la, memang kurang. Bukan dari segi agama, tapi dari segi human being, sebagai manusia. 

"We need to have common sense. Kita perlu lakukan setiap tindakan menggunakan akal. Common sense perlu digunakan dalam rutin harian kita," katanya ketika dihubungi mStar

Harith nilai perbuatan menggunakan common sense.

Harith mengulas aksi beberapa model mengayakan baju pengantin dan menjadikan tanah perkuburan Kristian sebagai lokasi penggambaran. 

Rata-rata netizen menganggap tindakan itu keterlaluan seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Dalam pada itu, Harith menghormati alasan jurukamera untuk menjadikan karya luar negara sebagai inspirasi, namun individu tersebut sepatutnya berfikir baik dan buruk sesuatu perkara itu.

"Tak salah untuk jadikan karya negara luar sebagai inspirasi. Saya cuma tak tahu apa alasan jurukamera itu berbuat demikian. 

"Saya tak kata perbuatan dia itu betul atau tidak, jahat atau baik. Saya bukan juri, saya hanya menilai menggunakan 'common sense'," ujarnya.

Azza dan Yatt turut menegur tindakan model beraksi di tanah perkuburan.

Sementara itu, penyanyi Azza Elite turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan beberapa model yang terlibat dengan sesi fotografi di tanah perkuburan itu.

Azza, 41, meminta kesemua yang terlibat dengan sesi fotografi supaya segera bertaubat.

"This is about akidah... orang marahlah. Terimalah marah orang ni sebagai peringatan dari Allah. 

"Semoga tidak menjadi ikutan! dear adik jangan kerana duit awak ikut kehendak orang! Jangan jadi bodoh dik... bertaubat, minta pengampunan dari Allah," tulisnya di Instagram. 

Pelakon Yatt Hamzah juga turut menegur tindakan model beraksi di tanah perkuburan itu supaya mengingati asal usul dan budaya sebagai umat Islam.

Yatt, 39, menasihati mereka supaya tidak terikut-ikut budaya luar hanya kerana keinginan untuk mencuba.

"Jangan bunuh budaya Melayu kita yang sudah sebati dengan sendi agama. Agama kita agama Islam. Jangan bunuh ia hanya kemahuan kamu mengikut trend luar negara," tulisnya.

this is about akidah .. org marah lah. terima lah marah org ni sebagai peringatan dari Allah. semoga tidak menjadi ikutan ! dear adik jgn kerana duit awak ikut kehendak org ! jgn jadi bodoh dik.. bertaubat ya dik.. minta pengampunan dari Allah
this is about akidah .. org marah lah. terima lah marah org ni sebagai peringatan dari Allah. semoga tidak menjadi ikutan ! dear adik jgn kerana duit awak ikut kehendak org ! jgn jadi bodoh dik.. bertaubat ya dik.. minta pengampunan dari Allah
Harith Iskander

Artikel Berkaitan

Artikel Lain