suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apa dah jadi ni? Harith Iskander jadi bahan ketawa, salah faham kempen produk Muslim

Status Harith di Twitter mengundang perbalahan netizen.

STATUS pelawak Harith Iskander di Twitter berhubung kempen utamakan produk Muslim (BMF) yang hangat diperkatakan kini mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan pelawak itu terburu-buru mengkritik kempen berkenaan tanpa memahami tujuan sebenar ia dilancarkan.

Lebih mengundang kemarahan apabila pemenang pertandingan Funniest Person in The World itu cuba mengaitkan isu sukan dalam kempen berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Laugh Factory saman Harith Iskander RM40 juta

"Kenapa hanya setakat 'beli produk Muslim sahaja'?

"Mengapa tidak sokong atlet Muslim sahaja, berhenti menonton perlawanan badminton, EPL, NBA, MMA, UFC, WCG - malah mungkin lebih baik berhenti menonton rancangan sukan," tulis Harith di Twitter.

Harith enggan memanjangkan isu berkenaan.

Kenyataan Harith ini sebaliknya menjadi bahan ketawa netizen kerana menyifatkan dia gagal memahami tujuan sebenar kempen itu.

Jelas netizen kempen itu hanya bertujuan menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim dan bukanlah usaha memboikot produk bukan Muslim.

"Apa kaitan membeli produk dengan menonton rancangan sukan. Ohh lawak bodoh... gelak ajalah.

"Buy Muslim products first boleh membantu menaikkan ekonomi orang Islam, manakala tidak menonton semua sukan tiada kena mengena dalam membantu ekonomi.

Beberapa netizen membalas twit Harith di Twitter.

"Harap fahamkan betul-betul. Bukan 'sahaja' tapi 'pertama'," kata beberapa netizen.

Sementara itu Harith ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"No komen, saya tidak mahu ambil pusing apa yang mereka katakan.

"Saya risau masyarakat akan menyalah tafsir akan apa yang cuba disampaikan", katanya rinkas.

Artikel Lain