Julfekar jalani pembedahan buang benjolan ganglion di tapak kaki - Hiburan | mStar

Julfekar jalani pembedahan buang benjolan ganglion di tapak kaki

Julfekar terpaksa menjalani pembedahan membuang ganglion cyst pada tapak kaki sebelah kiri.

SUAMI kepada penyanyi Min Yasmin yang juga komposer, Julfekar terpaksa menjalani pembedahan membuang benjolan kecil (ganglion cyst) pada tapak kaki sebelah kiri di sebuah pusat perubatan, kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu.

Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 30, berkata, suaminya itu membuat keputusan untuk membuang benjolan itu kerana berasa tidak selesa selepas hampir setahun menghidapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Contoh Wanita ‘Payung Emas’, Min Yasmin Restu Julfekar Kahwin Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Julfekar: Saya sudah bertaubat nasuha

"Dia buat minor operation sahaja kerana pada bahagian tapak kaki ada ketumbuhan kecil. Sebenarnya dah dekat setahun benjolan tu ada di tapak kaki tapi sebab ia tak sakit, sebab itu dia biarkan sahaja.

Ganglion cyst yang tumbuh pada tapak kaki kiri Julfekar.

"Tapi bila dah lama-lama benda itu semakin membesar dari bintat kecil sekarang dah besar duit 50 sen dan bila pakai kasut, buat rasa tak selesa kerana benda itu timbul lagi-lagi kalau berdiri lama.

"Lagipun bulan depan Abang Jul ada banyak shooting jadi dia rancang untuk buang awal supaya tak mengganggu kerja nanti," ujarnya kepada mStar.

Ganglion cyst adalah sejenis penyakit ketumbuhan benjolan kecil berbentuk cecair berdekatan sendi atau tendon pesakit.

Sebenarnya dah dekat setahun benjolan tu ada di tapak kaki tapi sebab ia tak sakit, sebab itu dia biarkan sahaja.

MIN YASMIN

Penyanyi

Kata Min, suaminya itu kini berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan untuk berehat dalam masa dua minggu.

"Dua hari lepas kami jumpa doktor, ingatkan gumpalan lemak saja. Tapi lepas buat ultrasound, nampak dekat dalam tu ada seperti saluran darah dan air... rupa-rupanya itu adalah ganglion cyst.

"Buat masa ini keadaan Abang Jul baik-baik saja cuma dia masih mamai-mamai. Doktor nasihatkan untuk dia kurang berjalan dalam masa dua minggu," ujarnya.

Min Yasmin , Julfekar , ganglion cyst

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini