suria

Siapa yang bakal membawakan lagu 'Anta Permana' di SFMM34? - “Hael Husaini belum pilih pengganti yang layak”

Hael Husaini masih belum putuskan siapa yang menggantikan Siti Nurhaliza untuk membawakan lagu Anta Permana.

SIAPA gerangan artis yang bakal mempersembahkan lagu Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza pada peringkat Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) masih menjadi tanda tanya.

Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 34, Nurul Huda Khalid berkata, pihak produksi menyerahkan kepada syarikat label dan komposer lagu itu sendiri bagi mencari penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu itu.

“Lagu Anta Permana memang tidak akan dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk peringkat separuh akhir dan akan digantikan oleh penyanyi lain. Buat masa ini kami tak dapat nak tentukan siapa yang akan menyanyikan lagu ini kerana pihak kami masih lagi mencari siapa yang sesuai.

“Pihak label muzik dan komposer lagu sendiri yang akan menentukan mengenai itu. Mungkin Siti dan Hael perlu berbincang untuk mencari siapakah yang layak untuk menggantinya.

Antara penyanyi yang layak ke SFMM34.

“Bagaimanapun pihak produksi tiada masalah sekiranya Siti berubah fikiran dan ingin menyanyikan lagu itu semasa final nanti,” katanya kepada mStar.

Nurul Huda ditemui pada sidang media SFMM34 di Theaterette, Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Nurul berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan sengit penyanyi-penyanyi tanah air apabila kebanyakkan lagu yang bertanding memiliki markah yang tinggi daripada juri.

“Memang daripada awal tahun pihak produksi risau dengan pemilihan lagu. Mana yang dirasa sesuai untuk ke pentas AJL.

“Tapi kalau dilihat balik lagu-lagu yang terpilih, semuanya popular di radio dan memiliki markah yang sangat tinggi dari juri,” katanya.

Muzik-Muzik 34 dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Husni dan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Berikut ini senarai lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir.

15 November

1. Drama Band - Drama

2. Ernie Zakri - Ku Bersuara

3. Shila Amzah - Tiada Dirimu

4. Sufian Suhaimi - Mencuba

5. Khai Bahar - 123

6. Siti Nordiana & Khai Bahar - Satukan Rasa

7. Wany Hasrita - Terlalu Memuja

8. Siti Nordiana - Hatiku Milikmu

9. Ismail Izzani - Bidadari

10. Usop - Aku Yang Bersalah

11. Luqman Faiz - Kepuraanmu


22 November

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza - Anta Permana

2. Akim & The Majistret - Rampas

3. Adira - Pujaan Hati

4. Naim Daniel - Sumpah

5. Ara Johari - Paku

6. Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita

7. Muna Shahirah - Teguh Setia

8. Faizal Tahir - Ragaman

9. Sarah Suhairi - Pedih

10. Tomok - Bekas Kekasih

11. Haqiem Rusli - Lembah Kesepian


29 November

1. Kugiran Masdo - Dinda

2. Hazama The Penglipur Lara - Peneman

3. Marsha Milan - Bimbang

4. AmyleaxMegat - Tetap Kamu

5. Indah Ruhaila - Pudar

6. Aina Abdul - Sumpah

7. Aman Ra - Bangun

8. Datin Alyah - Jutaan Purnama

Muzik-Muzik 34

Artikel Lain