“Kerjaya dah macam ni, jangan lepas bertunang nak cemburu” - Zara Zya tak letak syarat, Hafreez Adam boleh berlakon mesra dengan aktres lain

Zara tidak kisah tunang, Hafreez Adam melakonkan babak mesra dengan aktres lain.

PELAKON Zara Zya enggan meletakkan sebarang syarat kepada tunangnya, Hafreez Adam untuk melakonkan adegan mesra dalam mana-mana tawaran berlakon yang diterimanya.

Zara, 32, berkata, dia dan Hafreez memahami tuntutan dan tidak mahu mengganggu kerjaya masing-masing sebagai seorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya, Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mudah dipegang-pegang” - Intan Najuwa tahu jaga batas, minta netizen henti lagakan hubungan dengan tunang

"Saya tak letakkan apa-apa had dalam lakonan sebab tak mahu ganggu kerja dia dan dia pun tak mengganggu kerja saya. Kami profesional.

"Kerjaya dah macam ni, jadi janganlah bila dah bertunang nak ada cemburu.

"Yang penting adalah kepercayaan," ujarnya kepada mStar.


Zara mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam.

Mengulas mengenai kecaman yang diterima pelakon Intan Najuwa gara-gara beraksi mesra bersama pelakon Zul Ariffin selepas bertunang, Zara berkata, ia perkara biasa yang harus diterima golongan bergelar selebriti.

Malah, artis memerlukan mental yang kuat untuk berdepan pelbagai kritikan.

"Pada saya, itu perkara biasa yang netizen akan buat sebab kalau tak keluar gambar mesra pun mereka akan kecam juga. Kami artis kena kuat mental sajalah.

"Setakat ini, Alhamdulillah, tiada lagi dugaan bertunang itu. Tapi dari segi masa mungkinlah sebab masing-masing sibuk dan buat kami jarang berjumpa.

"Untuk selamat, kami bersepakat untuk relaks sahaja. Cuma saya harap kami cukup kuat untuk hadap apa sahaja dugaan yang datang sampai nikah," katanya.

Pada saya, itu perkara biasa yang netizen akan buat sebab kalau tak keluar gambar mesra pun mereka akan kecam juga. 

ZARA ZYA

Pelakon

Terdahulu, Zara selamat mengikat tali pertunangan dengan aktor Hafreez Adam pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Sebelum itu, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara pada 8 September lalu.

Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Namun, komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Zara Zya, Hafreez Adam

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain