Zara Zya, Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan - Hiburan | mStar

Zara Zya, Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan

Zara Zya dan Hafreez Adam selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu. Foto IG @syafieq_ayman

PELAKON Zara Zya selamat mengikat tali pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor pada Sabtu.

Menurut laporan Berita Harian, Hafreez berkata mereka tidak berniat menyembunyikan majlis pertunangan itu, namun hanya ingin memberi ruang kepada keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih dekat.

"Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berlangsung dengan lancar. Mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam dah jumpa ibu dan kakak Zara Zya

"Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.

"Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat," katanya.

Zara dan Hafreez merancang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Sebelum itu, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara Zya pada 8 September lalu.

Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Dalam majlis tersebut, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

"Terima kasih atas doa semua. Saya berharap semua urusan kami dipermudahkan. Pengalaman lalu juga banyak mengajar kami menjadi pasangan yang lebih baik," katanya.

Zara Zya , Hafreez Adam

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp